CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 310|Reply: 2

Pasangan dibicara kes ular belit budak

[Copy link]
Post time 15-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ibu, teman lelaki mungkin dihukum penjara 35 tahun\rORLANDO: Seorang ibu dan teman lelakinya berdepan dengan hukuman penjara 35 tahun kerana pembunuhan tahap ketiga selepas anak perempuannya yang berusia dua tahun menemui ajal kerana dibelit ular sawa peliharaannya yang terlepas dari kurungan.\r\n\n\n\n\r  Jaren Hare, 21, dan teman lelakinya Charles Darnell, 34, didakwa atas tuduhan membunuh dan mendera kanak-kanak berikutan kematian Shaianna Hare pada 2009.\r\r\n\n\n\n\n  Tragedi itu berlaku pada 1 Julai 2009 di kediaman pasangan itu di Oxford, barat laut Orlando. Dokumen mendedahkan, pasangan itu tidak memberi makan ular sawa Burma berukuran 2.6 meter selama sebulan sebelum kejadian dan ular itu berulang kali keluar dari kediaman.\rDarnell memberitahu penyiasat yang ular itu berada dalam tangki sebelum dia masuk tidur.  Sejam kemudian beliau menjumpai ular itu di lorong rumahnya, dan kemudian memasukkan haiwan itu dalam beg.\rDarnell memberitahu penyiasat bahawa dia menemui ular itu membelit kepala Shaianna dan taringnya tertusuk di dahi mangsa pada keesokan harinya. \rUlar itu dibawa ke pusat hidupan liar sejak kejadian dan gambarnya dirakam sebagai bahan bukti mahkamah.\r\n\n\n\n\rSementara itu, seorang pakar perubatan ketika memberi  keterangan di mahkamah memberitahu bahawa ular itu cuba memakan Shaianna.\rPeguam bela Jaren dan kekasihnya, Darnell berhujah bahawa kematian anak mereka adalah satu tragedi dan dianggap satu perkara yang tidak disangka-sangka.\rPendakwa meminta hakim menghukum pasangan itu kerana gagal meletakkan ular itu dalam kurungan. \rHare mahupun Darnell tidak memberi keterangan atau menggunakan bantuan saksi.\rMereka juga tidak menghiraukan soalan yang diajukan oleh wartawan ketika keluar dari bilik mahkamah menggunakan jalan belakang serta diiringi pegawai kanan polis.\rJika didapati bersalah atas tuduhah bunuh dan cuai terhadap kanak-kanak, pasangan itu boleh dihukum penjara 35 tahun.\r“Saya rasa sungguh sedih. Saya menyintainya,” katanya.\rPeguam kerajaan negeri,  Pete Magrino merumuskan pendakwaan dengan merujuk kepada  belitan ular di muka mangsa. \rBeliau juga membincangkan pandangan  Ketua Pemeriksa Perubatan, Wendy Lavezzi, yang memutuskan ular itu membelit leher Shaianna hingga mangsa tidak dapat bernafas. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2011 09:21 AM | Show all posts
bodoh tahap gaban punye org!
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 09:52 AM | Show all posts
tak pelik gak...
setengah orang lagi sayang pet dari anak sendiri...

pernah dengar kes anjing peliharaan bunuh baby couple nih...
tapi they still buleh bela anjing tu lepas kejadian tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.152855 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list