CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 0

Rihanna wajah baru EA

[Copy link]
Post time 13-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi jaya  kempen  pakaian dalam  Emporio Armani\rLOS ANGELES: Rihanna kini menjadi wajah baru Emporio Armani (EA). Penyanyi California King Bed itu menandatangani perjanjian dengan gedung  fesyen Itali untuk muncul dalam kempen Emporio Armani  Underwear dan Armani Jeans.\r\n\n\n\n\r   Rihanna  yang akan muncul dalam iklan koleksi musim luruh sejuk 2011-2012 yang dilakukan di bandar raya New York dan ditayangkan September depan  mengikuti jejak langkah David dan Victoria Beckham, Cristiano Ronaldo serta Megan Fox dalam mewakili jenama itu.\r\r\n\n\n\n\n   Awal tahun ini, Rihanna dinamakan sebagai model jurucakap Nivea.\rJenama kosmetik berkenaan   bekerjasama dengan pelantun lagu hit What’s My Name itu untuk menyambut ulang tahun syarikat itu yang mereka ke-100 dengan mendedahkan satu gambar ghairah penyanyi itu.\rSeorang wakil jenama itu, Markus Pinger berkata: “Kami amat teruja Rihanna memberi sokongan dalam sambutan ulang tahun kami dan membina satu generasi baru peminat.”\rSebelum itu,     bintang yang berusia 23 tahun berkenaan   mendedahkan beliau gemar untuk mengejutkan peminat dengan pilihan fesyennya.\r\n\n\n\n\rBercakap mengenai gaya akan datang, bintang itu berkata: “Saya mungkin dipengaruhi banyak pakaian lelaki atau sesuatu yang amat feminin. Namun saya gemar mencuba kedua-duanya. \r“Ia mungkin sesuatu yang kelihatan amat ekstrim  kerana saya biasanya tidak gemar dengan gaya kewanitaan sopan  atau seperti anak gadis.  Saya perlukan  gaya yang menarik perhatian. Saya sentiasa gemarkan sesuatu yang sedikit luar biasa, justeru ia bukan biasa atau sudah dijangka.”  –  Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.202970 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list