|
Wanita Pertama Perancis tak sembunyi hamil ketika bercuti\rPARIS: Carla Bruni yang dikatakan mendiamkan diri mengenai kehamilannya sejak berita itu mula tersebar pada April lalu dilaporkan tidak menyembunyikan perutnya yang semakin membesar apabila tampil berbikini ketika bercuti bersama suaminya, Presiden Nicolas Sarkozy di selatan Perancis.\r\n\n\n\n\r Bekas supermodel yang juga Wanita Pertama Perancis berusia 43 tahun itu mendedahkan bentuk badannya ketika bersantai di pantai terbabit dengan mengenakan sepasang bikini coklat.\r\r\n\n\n\n\n Bruni dan suaminya, Sarkozy, 56, bercuti di pulau Fort de Bregancon, sebuah kawasan peranginan untuk Presiden itu di pantai Mediterranean.\rSelepas tiba minggu lalu, wanita hamil itu dikatakan kelihatan begitu santai manakala suaminya dilihat mengayuh basikal di sekitar pantai itu selain turut membawa isterinya menaiki buggy golf.\rSehingga kini belum ada pengesahan rasmi daripada Bruni mengenai kehamilannya tetapi wanita itu dipercayai hamil lima bulan setengah. \rBeberapa laporan mendakwa bekas penyanyi itu juga mengandungkan anak kembar tetapi sehingga kini pasangan itu tidak membuat pengesahan mahupun penafian mengenai anak mereka.\r\n\n\n\n\rBapa Sarkozy, Pal Sarkozy, 82, memberitahu akhbar Jerman, Bild baru-baru ini: “Walaupun tidak mahu mengetahui jantina anak dikandung saya pasti ia mungkin perempuan dan akan cantik seperti Bruni.” – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|