Post Last Edit by roti_planta at 13-7-2011 12:10
Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua
Hujan lebat dan kilat yang sabung-menyabung tak mampu membuatkan Suria berhenti melangkah. Cincin pertunangan di genggam erat.Airmata mengalir deras, sederas air hujan yang turun. Dia tidak tahu ke mana arah yang harus dia pergi. Apa salah dan dosa yang telah dia lakukan sehingga tergamak Arman memutuskan pertunangan mereka. Sepuluh tahun mereka bersama menganyam cinta, semudah itu Arman mahu melupakannya. Tak adakah walau sekelumit perasaan di hati lelaki itu.
Suria rasa terlalu lemah dan kecewa. Hatinya bagai disiat-siat. Masih terngiang-ngiang di telinga kata-kata Arman sebentar tadi.
“Arm mintak maaf Su. Arm rasa tak mampu nak meneruskan pertunangan kita. Hati dan cinta Arm dah tiada buat Su. Kebelakangan ni, Arm rasa terpaksa bila bersama dengan Su. Minggu depan keluarga Arm akan datang berjumpa dengan keluarga Su untuk putuskan pertunangan kita. Arm minta maaf sekali lagi”
Tiada riak bersalah yang ditunjukkan oleh Arman saat itu. Seolah-olah Suria adalah patung bernyawa yang boleh di tolak kemana sahaja. Ah lelaki. Tega saja mereka menyakiti hati wanita. Segala janji yangpernah dibuat umpama angin lalu yang tidak meninggalkan sebarang kesan.
Suria berhenti di satu persimpangan yang lengang. Dia merasa amat penat dan bingung. Kenapa ini pengakhiran cintanya.Dia merasakan seakan jantungnya berhenti berdenyut. Tiba-tiba..
“Honnnnnnnnnnnnnnnnn………………………………..”
Pandangannya menjadi kabur dan perlahan-lahangelap. Pendengarannya juga semakin hilang. Dia tidak tahu apa yang akan berlaku lagi.
#####################################################################
“Along,did she’s ok? I’m so worried. What are we going to tell Mummy and Daddy? How if she’s bringing this case to police. Ya Allah… I’m stressed.”
“ Adik ni kalut sangat lar. Tak dengar ker tadi Doktor Arif kata minah ni ok. Cuma dia terperanjat sikit jer. Adik tak langgar dia pun. We just wait for a while. I think she will wake up soon.”
Suria menggerak-gerakkan jari jemarinya. Saat matanya terbuka, dia hanya nampak siling dan dinding putih. Hidungnya dapat menghidu satu bauan yang janggal. Bau hospital! Dia berdehem untuk mengurangkan perit di tekak. Kelihatan seorang gadis dan seorang lelaki berdiri berdekatan dengan katilnya. Kedua-duanya tidak dikenali oleh Suria. Dia cuba untuk mengingati apa yang telah berlaku sehingga menyebabkan dia terlantar di atas katil hospital ini. Kali terakhir yang dia ingat dan rasa hanyalah kesakitan di dada.
“Ehem…minta maaf cik. Saya berada di mana sekarang. Apa yang telah terjadi?” Suria bersuara perlahan sekaligus menarik perhatian gadis yang nampak agak kalut.
“Alhamdulillah akak dah sedar. Akak pengsan kat tengah-tengah jalan tadi. Nasib baik kami takterlanggar akak.” Dengan wajah yang kelegaan, gadis itu memberitahu apa yang berlaku hingga keatas Suria.
Perlahan-lahan Suria mengingati sesuatu. Arman. Pertunangan. Putus. Tak semena-mena air mata mengalir deras di pipi.
“Saya nak balik rumah. Mana beg saya?” Suria bertanya kepada gadis yang berdiri berdekatan dengan katilnya.
“ You can’t leave until the doctor say so. Your beg is safe but dah basah teruk."
“Saya nak telefon mama saya. Mesti dia risau saya tak balik-balik lagi. Dah pukul berapa sekarang?”
“Dah pukul sembilan lebih. You can use my phone to call your mum. Should let her know that you are having minor accident.” Gadis itu menghulurkan telefon bimbitnya kepada Suria. Dengan teragak-agak, Suria mendail nombor telefon bimbit mamanya.
“Assalamualaikum ma. Suria ni. Boleh tak ma datang amik Suria kat hospital Damai? Nanti Suria cerita. Takda yang teruk cuma pengsan jer. Ok yer ma. Alaikumsalam.” Suria memulangkan semula telefon kepada tuannya.
“Ciksiapa nama?” Suria bertanya kepada gadis yang masih setia berdiri di sisi katilnya.
“Saya Erlina. Yang diri kat pintu tu abang saya, Emran.” Gadis yang bernama Erlina itu menunjuk kearah pintu. Suria nampak kelibat lelaki berseluar pendek tetapi tidak lama kerana lelaki itu berjalan keluar dari bilik.
Seusai sesi berkenalan, Suria lebih selesa mendiamkan diri. Erlina juga seolah-olah memahami dan dia meminta diri untuk tunggu di luar bilik. Memberi ruang untuk Suria berehat. Masa berjalan dengan amat perlahan. Menunggu emak tiba bagaikan satu penantian yang tiada penghujung sedangkan jarak dari rumahnya ke hospital ini cuma mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja.
Suria cuba melelapkan mata tapi airmata yang tidak mahu berhenti mengalir menyebabkan matanya terasa pedih. Terhinggut-hinggut dia menahan sendu. Dia berpaling perlahan saat merasakan satu sentuhan hangat di bahunya.
“Ma……Arman..” tak sempat meluahkan, hanya tangisan yang terhambur. Pelukan dari mama membuatkan hati Suria bertambah sedih.
Puan Melati mengusap lembut kepala Suria. Hatinya hiba melihat airmata yang mengalir di pipi puterinya. Perasaan ingin tahu meluap-luap di dada tapi dia harus sabar. Suria keluar dari rumah dengan wajah yang sangat gembira, tapi kini dia terlantar di hospital dengan airmata kecewa. Pasti sesuatu yang buruk telah berlaku. Di balik pintu bilik, Erlina dan Emran memandang ibu dan anak itu dengan perasaan sedih dan tertanya-tanya.
##################################################################### |