View: 177|Reply: 0
|
David, Victoria pilih nombor tujuh
[Copy link]
|
|
Kebetulan Harper lahir jam 7 bulan JulaiLOS ANGELES: Pasangan selebriti David dan Victoria Beckham dilaporkan menerima kehadiran seorang bayi perempuan yang dilahirkan pada Ahad, menambahkan seorang anak perempuan kepada tiga anak lelaki sedia ada pasangan itu.\r“Saya amat berbangga dan gembira untuk mengumumkan kehadiran anak perempuan kami, Harper Seven Beckham,” kata Beckham dalam laman Facebook beliau.\r\n\n\n\n\r“Dia seberat 3.4 kg dan dilahirkan pada 7.55 pagi ini, di sini di Los Angeles. Victoria sihat dan semua abangnya amat gembira mempunyai seorang adik perempuan.”\r\r\n\n\n\n\nPasangan Beckham itu mempunyai tiga anak lelaki, Brooklyn yang kini berusia 12 tahun, Romeo, 8 dan Cruz, 6.\rMereka kini memilih nombor sebagai nama pertengahan anak perempuan itu dengan memilih angka tujuh berikutan Harper dilahirkan dalam bulan ketujuh sekitar jam 7 selain ia juga adalah nombor bertuah kepada David Beckham yang pernah memakai jersi No. 7 ketika bermain dengan Manchester United.\rSatu sumber di Los Angeles berkata; “Pasangan berkenaan sukakan nama Harper. Ia tidak mempunyai maksud tersirat mereka hanya suka nama itu dan berpendapat ia kedengaran amat menarik.”\rHarper adalah nama popular di Amerika Syarikat bagi perempuan dan juga lelaki.\r\n\n\n\nMalah Victoria, 37, juga pernah beberapa kali muncul dalam majalah Harper’s Bazaar.\rSumber di Los Angeles tempat Posh menjalani kelahiran secara caesarean di sebuah klinik persendirian, Cedars Sinai berkata: “David kelihatan menangis kegembiraan. Mereka semua amat gembira.”\rPasangan diraja Putera William dan Kate yang mengadakan lawatan rasmi ke California adalah antara yang pertama mengucapkan tahniah kepada pasangan Beckham melalui mesej teks. – Reuters/Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|