CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8209|Reply: 35

Apakah hukum menjalankan MLM?

[Copy link]
Post time 12-7-2011 01:14 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by wmhwm at 17-7-2011 20:26

Assalamualaikum.


Sebagaimana yg kita semua tahu Islam amat menggalakkan umatnya untuk menceburi bidangperniagaan. Akan tetapi perniagaan tersebut haruslah bertepatan dengan garispanduan yg telah di tetapkan oleh syarak. Terdapat pelbagai jenis atau bentukperniagaan pada masa sekarang termasuklah MLM or multi-level marketing ini.


Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yangberkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan),yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline'(tingakt bawah), orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'.


Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yangbersifat ‘vertikal' atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan' ataupun gabunganantara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum SyaraMLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA).


Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya atau keraguannya, iaituapabila ia menggunakan sistem berikut :


1)Harga tinggi dari biasa :

Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebihtinggi dari harga biasa.


2)Jualan target sebagai syarat komisyen :

Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yangmewajibkan ahli tersebut mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannyamendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya.


3)Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarangproduk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya(downline).


4)Syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksapembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram.


5)Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fibay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh BagindaSAW dengan pelbagai lafaz antaranya : " نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين فيصفقة واحدة" Ertinya : "Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian(aqad) dalam satu aqad" ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawiAhmad adalah thiqah ; 4/84 ) Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLMyang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wangdisebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membelikedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk.


Apakah pendapat anda???


p/s:sori sbb tulis pendek2 jer...untuk artikel penuh sila layari http://permatakebenaran.blogspot.com/2009/11/pengertian-mlm.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2011 02:08 PM | Show all posts
MLM.
Boleh jadi isu utk kita tambah ilmu.
Cuma kat sini kami selalu cerita pengalaman kami pasal MLM...
apa masalahnya... siapa yg cakap... pendapat peribadi....etc...etc...
kalau tulis macam di atas...dan perenggan terakhir promote sesuatu...
org akan click nick kita...dan cari apa posting kita sebelum nih...
bila org baca topik kita, org akan cakap..ooo..patutlah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 02:26 PM | Show all posts
mcam pernah nmpak thread camni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 03:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by bijakbudget at 12-7-2011 15:34

Ini pendapat saya, haram atau halal tak taulah, kebanyakan sykt MLM meggunakan sistem pyramid, setelah dikaji dan diselidik start dari paling atas dan paling bawah, sebenarnya duit yang diperolehi oleh yang atas ditarik dari yang bawah.

Cuba perhatikan level yang paling bawah sekali, baru masuk dan bayar duit, tiba-tiba company tutup. Rugi duit putih mata. Yang kaya adalah sykt dan upline yang paling atas sekali, yang bawahan hanya alat untuk kumpul duit dan kayakan org atasan.

Cuba perhatikan betul-betul strateginya, hampir semu sykt MLM express di Malaysia menggunakan strategi dan ciri yang sama.

1. Cari leader yang power2 untuk boom market.
2. Pre lounch, tapi tak lounch2 pun..tipu jer.
3. Bila group dah besar dan sykt dah kaya, company akan ditutup dengan cara company ubah system, menyebabkan upline dan ahli jadi kecewa dan giveup, untung sepatutnya banyak tapi bila dah ubah system, upline rugi..sebab downline dah tak mengguntungkannya.
4. Tukar plan dan tukar plan lagi...ahli giveup dan tak mau aktive lagi. Sykt dah untung berjuta2 pelan-pelann tutup kedai dan buka perniagaan lauin pula.

Ini yang terjadi, disebalik sykt MLM mungkin ada satu lagi sykt yang menaja dan bagi modal, sykt mlm ikut sykt penaja... buat mcm nie, buat mcm nie...pas tu tutup...kayoo.

Secara kesimpulannya, jangan masuk MLM, buat aniaya orang paling bawah sebelum company tutup. Lagi baik main saham BSKL lagi menguntungkan.....hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 04:00 PM | Show all posts
xyah nak kata haram ke pe.....

ko baca blog ni, ko pikir sendiri..

http://aididmuaddib.blogspot.com/

rajin2 ye
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 11:00 PM | Show all posts
ko baca blog ni, ko pikir sendiri..

http://aididmuaddib.blogspot.com/

rajin2 ye
cozack Post at 12-7-2011 16:00

Aku nasihatkan TT masuklah blog ni.Tapi tak yah cerita pasal macam mana MLM jadi haram...tu dia+semua sedia maklum...
baik TT promote bisnes kat dia. Yang "berminat untuk menambah pendapatan sampingan melalui internet" Pegilah try...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2011 06:41 PM | Show all posts
baik TT promote bisnes kat dia
kawankau Post at 12-7-2011 23:00


betol tu, klau bley TT bg fb skali kat owner blog tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2011 08:28 PM | Show all posts
masyaAllah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2011 10:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 11:08 PM | Show all posts

Pengakuan Bekas DSM Hai-O Marketing.


Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line).


Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00??


Ramai yang beli jugak kenapa? Sama ada yang beli tu masuk skim sebab nak join kawan-kawan jadi kaya raya ataupun memang bodoh bahalul tak tau harga pasaran sesuatu produk dan terpedaya tanpa usul periksa dengan testimoni Pak Long itu Mak Long ini yang sengaja diada-adakan. Hal ini seharusnya dihindari, kerana cara ini adalah mengambil keuntungan dengan cara yang bathil, karena mengandung unsur kezaliman, yakni membebankan masyarakat pengguna.


Penetapan harga yang terlalu tinggi dari harga normal, sehingga membebankan pengguna, dapat dianalogikan dengan ghabn, iaitu menjual satu barang dengan harga tinggi dari harga modal sepatutnya. Syarikat Hai-O Cina ni memang pandai dalam strategi berniaga khususnya nak tipu orang melayu. Agaknya memang plan dia orang nak ambil kesempatan atas kebodohan melayu yang senang taksub dengan benda-benda karut dan testimoni Pak Long itu, Mak Long ini.


Cuba pergi buat survey sikit, ada tak Water Filter Bio Aura kat rumah orang cina kat Malaysia ni padahal Hai-O ni orang cina yang punya. Tak percaya ? Ingat Hai-O ni orang melayu punya bisnes nak tolong melayu ? Bukak website Hai-O dan check laa sendiri. Barisan Pengurusan Tertinggi Hai-O 2009


1. Suvit Lee - Director (Hai-O Energy)

2. Boon On Suee - Director/ Asst. General Manager (Kinds Resource)

3. Tan Tok Keong - Director/ General Manager (Hai-O Raya)

4. Soh Ai Choo - Director/ Manager (Seagull Advertising)

5. Tan Keng Song - Group Executive Director

6. Ng Lip Yong @ Ng Lip Sat - Managing Director (Hai-O Energy)

7. Tan Kee Hock - General Manager (Hai-O Enterprise )

8. Tan Siow Eng - Group Chief Treasurer

9. Hew Von Kin - Group Chief Financial Officer

10. Jym Ow Chee Wei - General Manager (Hai-O Marketing)

11. Chua Chun Siang - Director/ Asst. General Manager (SG Global)

12. Chris Chia Kuo Wui - Group Executive Director/Director & Asst. General Manager (Grand Brands)

13. Chai Meng Kow - Director/ Asst. General Manager (Hai-O Medicine)

14. Julie Tan Chwee Sin - Group Admin & Porperty Manager

15. Erica Lai Ah Moy @ Lee Ah Moy - Director/Administration Manager (Hai-O Energy)

16. Lim Ai Aik - Personal Assistant to MD (Hai-O Enterprise )

17. Philip Teo Kheng Leong - Asst. Area Manager(Hai-O Raya)

18. Tan Soh Hoon - Adminstration, Asst.Manager (Hai-O Marketing)

19. Thomas Chong Kit Keong - Creative Director (Seagull Advertising)

20. Eric Hew Koon Soong - Internal Audit Asst Manager (Hai-O Enterprise )

21. Jason Hong Kok Siong - Marketing & Branding Manager (Hai-O Raya)

22. Tan Leok Kwee -Asst. General Manager cum Merchandising Development Manager (Hai-O Raya)

23. Tan Tin Hoong - Branch Manager(Hai-O Raya)

24. Tan Leok Yen - Customer Service, Asst. Manager (Hai-O Marketing)

25. Teoh Soo Hin - Group Advertising & Publicity Manager

26. Tan Hock Seong - Store, Asst. Manager (Hai-O Marketing)

27. Mohamed Tajuddin - Assistant General Manager (Hai-O Marketing)

28. Teo Yew Chai - Asst. Warehouse Manager (Hai-O Enterprise )

29. Liu Wu Chiu - Chief Research Officer (Hai-O Enterprise )

30. Jonathan Chong Chee How - Chief English Editor (Hai-O Enterprise )

31. Bryan Tee Woon Onn - Senior Area Manager (Hai-O Raya)

32. Woon Chin Keong - Asst Merchandising Manager (Hai-O Raya)

33. Yap Oi Lin - Operations & Planning Manager (Hai-O Enterprise )

34. Jackson Cheah Kah Loong - Group MIS Manager

35. Tan Siew Kheng - Accounts Manager (Hai-O Raya)

36. Miandy Lai Seng Mian - Group Accountant

37. Wong Leong Foo - Regional Manager (Hai-O Raya)

38. Penny Wong Yee Ping - Asst. Accounts Manager (Hai-O Enterprise )

39. Chu Huon Peng - Asst. Franchise Development & Operations Manager (Hai-O Raya)

40. Wong Kim Far - Sales Manager (Chop Aik Seng)

41. Florence Lee Yuen Ngor - Customer Service Manager (Hai-O Marketing)

42. Jessica Lim Yim Peng - Group Personnel Manager

43. Yap Sooi Mee - Group Finance Manager

44. Yap Ai Ho - Operations Manager (Hai-O Marketing)

45. Ng Soh Bee - Project Coordinator(Hai-O Enterprise )

46. Tan Wan Ewe - Operations, Asst. Manager (SG Global)

47. Nancy Chua Swee Tin - Customs & Shipping Manager (Hai-O Enterprise )

48. Tan Siew Ze - Asst. General Manager (Hai-O Marketing)

49. Tan Sit Chung - Product Development & Promotion cum Distribution Manager (Hai-O)

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 11:09 PM | Show all posts

Syarikat Hai-O sedari awal lagi telah buat perkiraan, kalau Water Filter Bio Aura ni dijual retail dengan harga RM500.00 di pasaran susah nak laku sebab kena bersaing dengan macam-macam brand water filter yang seumpamanya atau yang lebih bagus malah harganya pun lagi murah dan berpatutan. Contohnya water filter jenama Philips yang bukan sahaja setakat sistem penapisan malah menggunakan teknologi pancaran cahaya Ultra Violet untuk membunuh kuman pun hanya berharga RM699.00 satu di Pasaraya Carrefour. So bagi memastikan, produk Hai-O dia orang laku macam goreng pisang panas, dia kasi plan yang memberi komisyen tinggi kepada promoter, lebih tinggi dari harga asal produk. Buat sistem MLM sebab telah terbukti orang melayu ni suka sangat dengan sistem MLM atau dalam erti lain kempen mulut ke mulut. Orang melayu memang cepat percayakan produk-produk melalui rekomen kawan-kawan atau saudara mara. Haa... nak lagi meyakinkan, taruk laa nama Bio ke .... Magnetic ke ...... Tok Guru ke .... Aura ke ... orang melayu memang sejak azalinya memang cepat percaya benda-benda tradisional karut marut ni. Jual laa Gelang Besi Magnet. ke... Loket dari Batu Gunung Berapi laa.... Air Beroksigen Tinggi laa ... Air Magnet ke Air Bateri ke.... apa-apa pun boleh asalkan selitkan testimoni orang itu orang ini. Nak lagi senang orang percaya, sebutkan kemujarabannya telah dirasai oleh sanak saudara kita sendiri ataupun artis selebriti mana-mana. Haaa orang melayu gerenti percaya punya. Sanggup keluar duit pelaburan ASN RM2,100.00 sebab nakkan jugak manfaat Water Filter Bio-Aura ni.


Siapa Yang Untung - Siapa Yang Rugi


Dalam MLM ni bila promoter nak dapat komisyen tinggi punya pasal, seribu tipu seribu bohong pun dia sanggup asalkan produk laku terjual dapat komisyen tinggi. Orang melayu jugak yang sanggup tipu orang melayu. Orang cina nak tipu sesama cina pun tak sampai hati. Orang melayu bila dengar aje petikan nas-nas atau hadis, ayatkan lagi sikit dengan Insyaallah ... berkat Allah, bla... bla... memang terus cair laa. Berapa ramaipun orang kita yang dah jadi jutawan Hai-O ni, ramai lagi laa orang kita yang dah kena tipu setiap seorang RM1,850.00 (harga beli RM2,100.00 - nilai sebenar produk RM250.00-RM300.00). Water Filter Bio Aura hanyalah water filter yang menjamin kebersihan air untuk pelbagai kegunaan tapi bukanlah mesin penapis seribu rahmat yang kononnya boleh mencegah anda dari dijangkiti penyakit-penyakit seperti Artritis, Pedih hulu hati, Keletihan yang kronik, Masalah penghadaman, Kekejangan kaki dan lain-lain lagi tu. Kalau nak dikira macam tu seribu lebih baik pergi minum air perigi Zam-Zam yang terbukti banyak mengandungi mineral dan nilai PH Alkalinya yang stabil. Ramai yang tidak faham-faham konsep pemasaran MLM Hai-O ni. Secara ringkasnya contoh perkiraan (sistem agihan kadar keuntungan berbeza-beza mengikut kumpulan pemasaran tertentu) busines Hai-O ni seperti di bawah.


1. Saudara masuk jadi Usahawan Hai-O kena bayar RM21,000.00. Selepas itu diberi bonus pendahuluan RM3,000.00 (sebenarnya dipulangkan kembali duit Saudara tadi ~ taktik lazim seperti dalam mana-mana Skim Ponzi atau Skim Cepat Kaya tu la juga).


2. Saudara diberi 10 x Water Filter Bio Aura (kononnya setiap satu produk bernilai RM2,100.00 sepertimana yang tertera pada kotak produk - so kira-kira produk yang Saudara dapat tu kesemuanya berharga RM2,100.00). Hakikat sebenarnya 10 x RM300.00 iaitu kesemua produk hanya bernilai RM3,000.00 sahaja.


3. Saudara perlu jual 10 x produk tersebut dengan nilai RM2,100.00 untuk dapatkan kembali pelaburan Saudara sebanyak RM21,000.00. Saudara kena yakinkan pembeli yang produk tersebut sememangnya berbaloi dibeli dengan harga RM2,100.00 (jangan sesekali beritahu yang nilai sebenar produk hanyalah RM300.00).


4. Andai kata dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah dapat menjual kesemua 10 x produk Water Filter Bio Aura tersebut Saudara akan dapat balik pelaburan asal RM21,000.00. Maka dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah berjaya menjaya pendapatan tambahan sebanyak RM3,000.00 (bonus pendahuluan) dari bisnes Hai-O.


5. Rumusan perjalanan aktivitinya seperti di bawah;


Modal Perniagaan RM21,000.00 = RM21,000.00

- RM3,000.00 (bonus pendahuluan untuk Saudara) = RM18,000.00

- RM3,000.00 (harga produk RM300.00 x 10 unit) = RM15,000.00

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 11:09 PM | Show all posts

6. Kemanakah baki RM15,000.00 keuntungan tersebut perginya? Saudara hanya berperanan sebagai jurujual Water Filter. Saudara berjaya menjual 10 x Water Filter maka Saudara layak dapat upah RM3,000.00 (awal-awal lagi Saudara dah dapat). Kalau Saudara gagal menjual 5 x produk tersebut maka Saudara tanggung laa kerugiannya iaitu RM2,100.00 x 5 produk (Stok tidak laku dengan kos RM10,500.00). Pastikan Saudara dapat jual kesemuanya kalau tidak mahu rugi. Stok-stok produk yang tidak laku tidak boleh dipulangkan semula kepada Hai-O untuk dapatkan pulangan wang. Kalau Saudara ingin menggandakan pendapatan yang Saudara telah dapat sebanyak RM3,000.00 dalam tempoh 2 bulan tadi, haaa Saudara beli lagi 10 x produk dengan harga RM21,000.00 macam yang Saudara telah lakukan. Setiap RM21,000.00 yang Saudara laburkan Saudara akan dapat keuntungan RM3,000.00. Lebih kurang macam Saudara jadi jurujual yang jual produk kat kaki lima , setiap satu produk terjual Saudara dapat RM300.00.


7. Saudara hanya untung RM3,000.00 tetapi kemanakah perginya baki RM15,000.00 keuntungan tersebut? Syarikat Hai-O meraih keuntungan RM1,500.00 bagi setiap 1 produk yang terjual? Sebenarnya tidak sebegitu. Syarikat Hai-O cuma meraih keuntungan sebanyak RM500.00 sahaja untuk setiap satu produk yang terjual. Selebihnya adalah habuan kepada para Usahawan Hai-O (Upline-Upline) yang di bawah mereka Saudara bernaung. Contoh agihan keuntungan MLM bagi pelaburan sebanyak RM21,000.00 adalah seperti di bawah:


Syarikat Hai-O ~ Untung Bersih RM5,000.00 (*RM500 x 10 produk)

(RM8,000.00 ditolak kos produk # RM300.00 x 10 = RM3,000.00)


Si Polan Upline A ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)


Si Polan Upline B ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)


Si Polan Upline C ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)


Si Polan Upline D ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)


Si Polan Upline E ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)


Saudara ~ Komisyen Jualan RM3,000.00 (*RM300.00 x 10 produk)



MANGSA 1 (M1) [ M2, M3, M4, M5, M6, M7, M8, M9, M10]

Bayar RM2,100.00

Dapat produk # RM300.00

Kena Tipu RM1,800.00

(lihat * agihan hasil tipuan)


8. Andainya Saudara masih tidak mensyukuri rezeki yang telah Saudara terima... Saudara hendakkan lebih keuntungan tanpa perlu penat menjaja produk, kering air liur hanya nak dapatkan komisyen RM3,000.00 .... Saudara boleh tetapi dengan syarat kenalah mendapatkan prospek atau Down-line yang sanggup melaburkan RM21,000.00 untuk menjalankan bisnes jualan sepertimana yang Saudara telah laksanakan (untuk keuntungan rakan-rakan Upline). Bayangkan Saudara sudah berada di kedudukan Si Polan Upline E dan Saudara telah berjaya mendapatkan 10 x Downline. RM2,000.00 x 10 Downline sahaja Saudara telah menjana komisyen sebanyak RM10,000.00. Haaa ini lagi senang berbanding dengan setakat jadi jurujual yang kering air liur tapi dapat komisyen setakat RM3,000.00 aje. Cubalah Saudara bayangkan jika Saudara berjaya merekrutkan ramai Downline di bawah naungan Saudara. Saudara di kedudukan Si Polan Upline E dapat RM10,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu), kalau pada masa tu Saudara berada di kedudukan Si Polan Upline D pula mungkin dapat komisyen mencecah RM100,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu). Tidakkah LUMAYAN namanya tu?


Siapa Tipu Siapa


Ada akal ke Usahawan Hai-O ni suruh orang minum air paip tanpa dimasak terlebih dahulu. Ingat kuman bakteria dalam air tu besar sebesar telur kutu ke yang boleh ditapis-ditapis. Pembohong betul. Ataupun memang agenda Hai-O supaya orang ramai nanti dapat pelbagai macam penyakit... ada peluang jual ubat penawar lain pula. Tapi ada juga orang yang percaya cakap orang Hai-O ni. Nak buat macam mana, kecik-kecik dulu belajar Biologi tak habis. Apa yang `Doktor Hai-O' beritahu semuanya diterima bulat-bulat. Insyallah ..... kalau dapat sakit demam juga selepas itu, sesungguhnya semuanya dugaan dari Tuhan. Segala kejadian adalah kehendakNya juga kita diwajibkan berusaha, pakai produk Hai-O ni kira sebahagian dari usaha kita la. Semoga dimakbulkan segala doa dan diberkati segala usaha yang dimulakan dengan Bismillahirrahmanirahim.


Siapakah yang kena tipu ? Jawapannya ialah mereka yang membeli produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Terpedaya, teraniaya dan tertipu menyangkakan produk yang dibeli mempunyai seribu azimat.


Siapakah yang menipu ? Jawapannya ialah mereka yang menjual produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Mempedaya, menganiaya dan menipu mangsa supaya yakin produk yang dijual mempunyai seribu azimat. Tiada yang bercakap benar bahawa sesungguhnya dari jumlah RM2,100.00 yang dibayar itu RM300.00 untuk produk dan selebihnya RM1,800.00 adalah sedekah komisyen Up-Line.


Siapa yang untung ? Mereka yang bergelar Up-Line dan mempunyai pengikut Down Line yang ramai. Lagi banyak Down-line yang menjalankan kerja menipu orang, lebih banyak Water Filter Bio-Aura terjual maka lebih lebatlah income komisyen masuk dalam poket.


Siapa yang rugi ? Mereka yang bergelar Down Line yang menanggung dosa menipu orang ramai dengan hikayat Water Filter Bio-Aura yang mempunyai seribu satu azimat. Penat menipu untuk menjual 1 produk tapi komisyen yang dapat hanyalah RM300.00 tetapi Up-line yang di atas goyang kaki aje dapat habuan RM1,500.00 selebihnya. Mereka yang tidak berjaya menjual 10 x produk tersebut dengan harga RM2,100.00 terpaksalah menanggung kerugian pelaburan mereka sebanyak RM21,000.00.

Dipetik dari Zaharudin,net Facebook

sekadar sebagai peringatan. tiada kena mengena dgn sesiapa yg masih hidup atau yang telah meninggal dunia............

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 12:20 AM | Show all posts
tumpang tanya ya~~.itu hari saya click link kamu lain tempat saya di bawa,,,, adakah tertulis [Post Last Edit by wmhwm at 17-7-2011 20:26] ...itu kamu menukar link?
Kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 01:12 AM | Show all posts
Salam.

Ingin berkongsi pendapat:

Definisi:
MLM - memasarkan produk secara rangkaian/rantaian utk meningkatkan permintaannya di pasaran tempatan melalui pendekatan terus kpd pelanggan.

Primitifnya
Menghampiri pelanggan (yg nak kn sesuatu), yg sdg menghala ke pasar/kedai, dan menjual secara terus sebelum dia masuk ke pasaran terbuka.

Kesan² sekiranya berlaku jual beli dgn pelanggan
1. Dia x ada kebebasan memilih - Dia akan jd pengguna tetap. Jika jual beli berterusan dan bilangan jumlah pelanggan meningkat, harga produk akan jd lebih tinggi atas 'permintaan' yg tinggi.
2. Dia x peka dgn harga pasaran - Kalau produk lebih mahal berbanding harga pasaran, dia dianiaya. Kalau lebih murah, harga pasaran dianiaya.

P/s:
- Allah s.w.t. sahaja yg bole mencipta permintaan/bekalan (supply/demand).

- Rasulullah melarang sesiapa yg cuba mengawal harga
“Janganlah kamu berhasad dengki antara satu dengan yang lain, dan janganlah kamu (sebagai pembeli) pura-pura menurunkan harga yang tinggi dengan tujuan memperdaya orang lain supaya membelinya dengan harga yang lebih tinggi, dan janganlah kamu benci membenci atau bermusuhan dan janganlah kamu putuskan hubungan mesra dan pulau memulaukan sesama sendiri, dan janganlah kamu (sebagai penjual) memotong jalan penjual yang lain; (janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang keji itu) tetapi hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara”. - Muslim
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 12:25 AM | Show all posts
Jika kita yakin dgn produk yg kita jual, masuk je dlm open market dan bersaing dgn harga pesaing. Insya'allah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2012 06:39 PM | Show all posts
MLM is evil!! It's not a sincere type of business or trading. From the get go, we can already see its pyramidal structure is going to bring out all kinds of forms of supression, opression and even slavery!! It's already banned and illegal in the US, in the UK it's in the process of being banned, the Europe...and one of the factors that brought down the Eurozone to its knees was MLM businesses..can you believe that?

Kalau org putih boleh nampak, kenapa org melayu tak boleh nampak? Nak kata bengap tak juga.. Pegi universiti jugak..
I hate this Hai-O thing, one of my family member Bankrap sbb mender MLM dajal ni..berutang sana sini..tertindas..
It is lurking with evilness, selling through indirect force and opression!
Yang atas2 upline tu jadi lintah darat sedut jer darah sampai kering..dasar mata duitan!! Bila org marah, counter attack, condemn, kata kat orang jgn dengki orang lain punya rezeki periuk nasik... Banyak cantik?? Yg korang ingat carik rezeki lagu tu halal sgt lah menindas, menipu orang lain??

Yang paling saya pantang, is MLM health products... Saya ni doktor kat hospital, tiap2 bulan dok jumpa patient masuk ward sebab liver failure, kidney failure, side effects sbb herbal products MLM-4life lah, alpha lipid lah, gluthathione la, transfer factor lah, herbalife lah, hydroxycut lah....memanglah kesian, nak marah pun ada, tapi diorang makcik2 pakcik2 tua yg tertipu dengan mala'un2 MLM ni...

Woii, orang MLM korang tak sedar ke yg korang jual tu bokeh mrmbunuh orang lain!! Sedar la sikit, kalau sabit kesalahan boleh consider second degree murder tau!!

Yg pakcik makcik ni dok la cari nafkah tiap2 bulan forking out huge amount of cash nak beli pil2 kesihatan MLM ni, when diorang tak sedar, lagi membahayakan kesihatan diorang...You tindas dgn bebanan cost beli barang tu, you tipu kata pil2 ni mujarab boleh sembuhkan penyakit mujarab, you bagi diorang masuk hospital pertaruh nyawa diorang!!

Aku cerita dua kes patient yg aku jumpa kat hospital ehh:
1. Patient ni dok makan warfarin, diabetic meds, segala maknika penyakit ada. Dia beli pill transfer factor baru seminggu, terus masuk hospital sbb bleeding besar haematoma kat kaki dia. Tengok2 INR sampai 8. Kidney failure pulak lagi. Sapa malaun MLM yg jual transfer factor tu mmg mangkuk ayun, kalau mati patient ni macam mana?
2. Patieng mmg ada penyakit buang pinggang sebab SLE, dah bertahun2 sihat walafuat dok mkn steroid dan immunosupressant, tetiba kena approach alpha lipid... Kata bagus utk buah pinggang bla2... Tiba2 patient jadi penat lelah tak boleh bernafas, letih lesu, kaki bengkak2...tak boleh tidor mlm sbb sesak nafas..tanya penjual MLM alpha lipid...boleh diorang kata 'dont worry, nanti hilang la tu, tu namanya HEALING CRISIS'....healing crisis mangkuk hayun kau... Patient tu dtg hospital dgn nephrotic syndrome, glomerulonephritis, acute left heart failure... Sapa nak tanggungjawab Nih??

Sesapa kata MLM tu bagus kalau buat betul2..,THINK CAREFULLY... How are my actions will affect others from here onwards??
Ko agak2 further down the line tu ada harmful effects tak??

Sesapa MLM nak mai promote kat saya or family saya... Be prepared, im going to grill you until youre fried, bone-dried until not an ounce of water droplets left in your body!!

Geram sangat2....first Hai-O, then transfer factor, then alpha lipid... Ni mende2 yg dah affect family member aku!!
Adik aku pulak nk beli corset premium beautiful apa ntah.. Ada teknologi FIR infra red, boleh bakar lemak.. WHAT A LOAD OF CRAP!!!
Toksah mengada...

Ada sesapa MLM yg tak puas hati, boleh message saya... Im ready..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2012 05:11 PM | Show all posts
Arissa_Sofea posted on 21-9-2012 06:39 PM
MLM is evil!! It's not a sincere type of business or trading. From the get go, we can already see it ...

wowww..... membara !

cam mana dengan produk Dr Skema yang hari2 ada dalam soratkabo ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2012 06:09 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 22-9-2012 05:11 PM
wowww..... membara !

cam mana dengan produk Dr Skema yang hari2 ada dalam soratkabo ?

Ok, macam ni, ubat2 ubatan ni bukan mender main2 bro..
sebab they are unnatural, they are processed in the labs...tested against rats, against human physiology juga...
even the safest drug has major side effects tau....

Doctors were taught in medical school to safeguard patients, take responsibility, control prescriptions drugs etc.. It's what we call clinical governance... Even dah jadi doktor pun, kena training lagi utk jadi specialist, ambik exam MRCP,MRCS etc..semua tu nk perkukuhkan ilmu pasal drugs...

so my advice, any herbal ke tak herbal ke supplements ke tak supplements ker, pendek kata yg masuk mulut, boleh absorb masuk dlm darah kita, baik pegi tanya doktor dulu...please, please... Jaga kesihatan awak...

i dont know much about pill2 yg awak sebut tuh...
kalau dah kementerian kesihatan dan pengguna lulus tu, biasanya side effect profile rendah...
so, buat decision sendiri....

BUT, yg pakcik2 yg ada penyakit kronik tu, jsntung, buah pinggang, hati etc... Yg dok telan ubat doktor bagi, JANGAN SESEKALI TRY UBAT LUAR TANPA DISCUSSION DENGAN DOKTOR ANDA!!

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2012 10:19 PM | Show all posts
Arissa_Sofea posted on 22-9-2012 06:09 PM
Ok, macam ni, ubat2 ubatan ni bukan mender main2 bro..
sebab they are unnatural, they ...

ok... tq Doc.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2012 12:34 AM | Show all posts
MLM  ni  jgn involved sama sekali.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.744818 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list