View: 186|Reply: 0
|
Jawablah: Fina bukan mulut jahat
[Copy link]
|
|
Bekas finalis AF9 tidak mahu dikaitkan dengan gosip mengaitkan rakannya sendiri \rSAKIT hatinya bukan kepalang apabila dituduh mengada-adakan cerita. Tak semena-mena namanya menjadi busuk apabila didakwa bermulut celupar kerana menyampaikan cerita tidak betul sehingga memalukan banyak pihak. \r\n\n\n\n\rLebih membuatkan pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim ke-9 ini berang adalah apabila dirinya turut dianggap sebagai penyanyi baru bermasalah kerana bersikap mengada-ngada sewaktu sesi fotografi bersama finalis AF9 suatu waktu dulu.\r\r\n\n\n\n\nMenurut Nur Syafinaz Jebat atau Fina ketika dihubungi Hip, dia terkejut apabila dikatakan menjadi penyebab tersebarnya gosip yang menuduh dua finalis lain melakukan perbuatan tidak senonoh ketika menjalani penggambaran di sebuah pulau baru-baru ini.\rJelas Fina, walaupun mengaku ada terlihat sesuatu namun biarlah perkara itu menjadi rahsia dalam hidupnya dan seboleh mungkin dia tidak mahu terbabit dalam apa juga perkara yang boleh merosakkan masa depannya untuk menjadi seorang artis yang berjaya.\rHip: Betulkah Fina yang menyebarkan gosip mengaibkan dua finalis seperti yang ditulis dalam akhbar sisipan B*POP minggu lalu?\rFina: Percayalah, Fina sendiri terkejut apabila dikaitkan dengan penyebaran gosip itu. Fina tahu pasal cerita itu pun selepas emak Fina menelefon sambil marah-marah kerana dia tak suka dengan apa yang Fina lakukan. Malam itu juga Fina ke kedai membeli surat khabar untuk melihat cerita apa yang ditulis mengenai diri Fina sehingga emak menjadi begitu marah sekali. Untuk apa Fina menyebarkan cerita yang mengaibkan orang lain. Fina masih baru dalam bidang ini dan tak mahu cerita seperti memberikan gambaran buruk pada masyarakat.\r\n\n\n\n\rHip: Apakah benar Fina ternampak sesuatu seperti yang dinyatakan dalam beberapa gosip yang sama sebelum ini?\rFina: Fina memang ada ternampak kejadian itu. Itupun secara tidak sengaja. Tapi ia tidaklah seperti yang dinyatakan dalam gosip ini. Cuma pada Fina, apa yang berlaku waktu itu memang tidak manis. Bagaimanapun, Fina simpan saja dalam hati dan tidak membocorkan pada sesiapa kecuali kakak Fina, Aida. Cuma pelik, tiba-tiba pihak produksi telefon Fina marah-marah dan bertanya kenapa Fina merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan mereka. Bukan Fina mahu merahsiakan tetapi tidak mahu terbabit dalam perkara ini dan tak mahu persahabatan kami keruh jika perkara ini tersebar. Dalam pada berahsia itu tiba-tiba terbongkar juga, tapi versi cerita berbeza dan kebanyakannya menyalahkan Fina kerana menjadi puncanya.\rHip: Bagaimana dengan pihak yang menjadi mangsa itu? Ada bersemuka dengan Fina?\rFina: Itulah yang membuatkan Fina hairan. Selepas kejadian itu, Fina ada juga terserempak dengan dia tapi reaksi yang diberikan biasa saja. Fina tunggu juga jika dia mahu bertanyakan mengenai gosip itu. Sebaliknya dia hanya senyum saja. Kalau betul saya bersalah, kenapa tak selesaikan perkara ini di situ juga. Fina bukan nak memperbesarkan perkara ini tetapi sekadar mahu membersihkan nama. Tak mahu orang melihat Fina sebagai penyanyi baru bermulut jahat.\rHip: Apakah tindakan pihak pengurusan Fina untuk menjernihkan situasi ini. Hubungan Fina dengan finalis berkenaan bagaimana?\rFina: Setakat ini tiada apa-apa tindakan daripada pihak pengurusan. Bagi Fina, mana yang boleh diselesaikan, Fina selesaikan sendiri. Fina lebih suka jika ada pihak yang bertanya sendiri pada Fina kejadian sebenar yang berlaku. Apa yang berlaku ini Fina anggap sebagai pengalaman yang mematangkan diri. Mengenai hubungan Fina dengan finalis berkenaan, kami biasa saja. Cuma sejak kebelakangan ini Fina jarang dapat bertemu dengan mereka kerana masing-masing sibuk dengan jadual sendiri.\rHip: Mengenai dakwaan Fina yang bersikap mengada-ngada ketika sesi fotografi?\rFina: Itulah, Fina sendiri terkejut apabila dikatakan buat muka ketika sesi fotografi. Sebenarnya waktu itu, Fina diminta untuk posing dalam keadaan tidak memandang kamera. Fina cuba lakukan yang terbaik tapi biasalah, baru nak belajar bergaya depan kamera. Banyak kesilapan yang berlaku. Fina tak marah dengan teguran itu kerana Fina tahu baru belajar dan perlu berdepan dengan kritikan. Insya-Allah, segala teguran yang datang akan Fina jadikan panduan untuk mengejar kejayaan pada masa hadapan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|