|
Usia muda bukan halangan untuk kukuhkan jumlah penonton \rLAMBAKAN program serta imej baru TV9 dikatakan faktor pendorong melonjakkan lagi rating stesen TV itu untuk berada di kedudukan kedua menjadi pilihan penonton selepas TV3.\r\n\n\n\n\rWalaupun baru berusia lima tahun, namun kredibilitinya dilihat jauh ke depan menyaingi stesen TV lain yang lebih lama bertapak dalam dunia penyiaran. Malah, faktor liputan yang hanya tertumpu di Semenanjung Malaysia saja bukanlah halangan untuk terus meningkat sejajar dengan kehendak penonton.\r\r\n\n\n\n\nMemberi tumpuan kepada golongan muda dan berkeluarga adalah matlamat utamanya untuk menyajikan program yang terbaik kepada penonton pelbagai lapisan umur.\rBahkan, kewujudan slot Ratu, Oh! Mari Gelak, Aurora dan Traverlogue dianggap pemangkin kepada TV9 untuk menarik lebih ramai penonton beralih kepada stesen TV itu.\rPengurus Besar TV9, Sherina Mohamed Nordin berkata pencapaian yang dikecapi itu adalah sebagai penanda aras bagi meningkatkan lagi jenama saluran TV ini sebagai pilihan utama penonton.\r“Perubahan yang kita buat membuatkan penonton suka dan mendapat maklum balas positif daripada penonton yang melihat ia sebagai satu saluran yang muda, ceria dan segar. Banyak slot kita sudah mencecah satu juta penonton,” katanya.\rMemberi penekanan kepada segmen di sebelah malam dilihat satu usaha yang membanggakan dalam menyajikan program terbaik buat penonton setia stesen TV itu.\rMeskipun menjalani fasa pembaharuan dalam membentuk jenama yang lebih kukuh, saluran TV ini tetap memberi penekanan kepada program keagamaan yang telah menarik perhatian penonton dengan menyusun semula program di bawah slot Raudhah.\r“Program agama kita khaskan di sebelah pagi dan malam iaitu jam 7 pagi dan 10 malam kerana kita merasakan waktu terbabit amat sesuai untuk tontonan. Bukan mudah mengubah waktu siaran kerana membabitkan banyak program jadi kita membuat penyusunan dari masa ke semasa bermula Januari lalu,” jelasnya. \rMenyajikan pelbagai program dan segmen menarik bagi menarik lebih ramai penonton, saluran TV in memperkenalkan beberapa rancangan drama, telefilem, hiburan dan travelouge menarik sepanjang bulan Julai untuk tatapan penonton setianya.\rDrama 15 episod, Hilang menampilkan pasangan adik beradik Rozita Che Wan dan Ayu Raudah dalam slot Ratu yang mengisahkan tentang kehidupan dua beradik, Salina dan Salimah yang akrab sehinggalah mereka terpaksa berkongsi suami selepas kejadian yang menimpa Salina.\rDrama terbitan Pena Kreatif Sdn Bhd ini turut menampil Julia Ziegler, Zul Ariffin dan adik Mya Sara, akan disiarkan setiap Isnin dan Selasa bermula 5 Julai ini jam 8.30 malam.\rBagi yang merindui gandingan pelakon, Noorkhiriah dan Ieda Moin dengan gelak tawa serta usikan mereka, sitkom komedi Boona & Boonie yang mengisahkan tentang kehidupan dua pembantu rumah bakal mencuit hati penonton.\rSitkom 24 episod terbitan Radius One Sdn Bhd ini disiarkan menerusi slot Oh! Mari Gelak bermula 16 Julai depan yang turut menampilkan Karl Shafek, Noryati Taib, Anne Abdullah dan Wan Sharmila.\rMenerusi slot Aurora, telefilem Impian Raya Emelyn akan bersiaran bermula 21 Julai depan dengan menampilkan pelakon Nazim Othman, Nuremy Ramli, Wawa Zainal dan Adey Shafrien mengisahkan tentang percintaan dua pelajar universiti.\rDokumentari, Makan Angin musim kedua pula bakal menemui penonton setiap Jumaat bermula 29 Julai depan, malah kali ini lebih menarik kerana pengacaranya, Adzriefaiz Adzlan akan menjelajah ke kampung-kampung dan menyediakan makanan eksotik yang jarang dilihat.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|