|
Noorkhiriah takut dianggap pelakon yang meminta bayaran tinggi BAGI saja apa watak padanya. Sedih, kelakar dan serius, semuanya dilakukan dengan sebaik mungkin oleh Noorkhiriah sehingga meninggalkan kesan kepada penonton.\n\n\n\nKalau melakonkan watak kelakar, penonton akan senyum melihat gelagatnya. Jika sedih, lakonan Noorkhiriah boleh membuatkan penonton terkedu. \n\n\n\n\nPenampilannya yang serba boleh itu menaikkan namanya hingga dikenali dan mampu berada sebaris dengan nama-nama besar lain di dalam persada seni tanah air.Berilah apa saja watak, pastinya berjaya dilakonkan namun dia tidak pernah menganggap kejayaan yang dikecapinya selama ini sebagai penanda aras untuk meletakkan harga tinggi bagi bakat lakonannya itu.Menyedari keupayaan diri dan menerima apa saja tawaran yang datang untuk terus kekal lama dalam industri ini adalah satu matlamat Noorkhiriah agar dirinya lebih dikenali sebagai pelakon serba boleh, bukannya menetapkan syarat atau meletakkan sebarang harga.“Kita kena sedar diri, di mana kita berdiri agar tidak hanyut dan janganlah bersikap sombong atau angkuh dengan anugerah yang dimiliki kerana tanpa sokongan peminat kita takkan miliki apa yang diimpikan.\n\n\n\n“Bagi saya, berlakon bukan nak kejar anugerah tetapi nak membuktikan bakat dan keupayaan diri dalam lakonan. Kalau dapat anugerah itu satu rahmat di atas usaha keras kita selama ini,” katanya.Meskipun dinobatkan sebagai Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 dan Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010), Noorkhiriah tidak pernah mengimpikan untuk memiliki lebih banyak anugerah.Malah baginya, tidak ada apa lagi yang perlu dikejarkan kerana sudah memiliki apa yang diimpikan selama ini dan cukup sekadar berbakat dalam membawa pelbagai watak.“Sudah banyak anugerah yang saya menangi, cukuplah dengan apa yang saya terima. Tidak ada apa lagi yang nak dikejarkan kerana bakat yang saya miliki sudah pun dihargai peminat.Saya bersyukur sangat dengan penghargaan yang diberikan peminat selama ini. Mungkin tahun depan rezeki orang lain pula,” jelasnya.Noorkhiriah mengakui namanya lebih dikenali di dalam drama dan sitkom sehingga mampu membawanya menggapai impian untuk memiliki anugerah atau pengiktirafan.Tidak dinafikan bakat pelakon bertubuh kecil ini amat diminati pengarah drama kerana kredibiliti dan keupayaannya membawakan pelbagai jenis watak.Mengakui filem agak sukar untuk mengukir namanya di dalam anugerah, Noorkhiriah tidak pernah menolak tawaran yang datang dan menganggap filem juga sumber rezekinya.“Kita tidak boleh tertumpu pada satu arah saja kerana banyak lagi yang perlu diterokai walaupun ia sukar, anggaplah ia sebagai cabaran untuk kita lebih mempertingkatkan diri lagi.“Bukan mudah nak suruh orang keluarkan RM10 untuk tengok lakonan kita. Jadi bersyukurlah kalau ada peminat yang datang tengok filem yang kita turut sama jayakan, walaupun tak pernah menang anugerah bagi kategori terbabit,” katanya.Keluarga tetap jadi keutamaanMeskipun pelbagai watak dan peranan sudah dibawa, namun masih ada impian di hati Noorkhiriah untuk memegang watak yang lebih mencabar kewibawaannya sebagai pelakon seperti melakonkan watak orang kurang siuman.Menganggap watak terbabit bukan mudah dibawa walaupun dilihat mudah tetapi memerlukan penghayatan yang lebih berbanding wataknya sebelum ini.Namun bagi dirinya, watak sebegini memberi persepsi berbeza tentang karektor sebenarnya, malah mampu membawa Noorkhiriah lebih jauh lagi dalam bidang lakonan bagi menjadi artis yang serba boleh.“Saya pernah bawa watak sedih, sopan, jahat dan paling banyak watak kelakar tetapi saya pelik kenapa saya tak diberi peluang untuk melakonkan watak sebegini. Adakah kerana saya kurang bagus atau tak sesuai? Apapun saya nak sangat cuba watak sebegini,” terangnya.Walaupun sesibuk mana pun tugasnya sebagai pelakon dengan penggambaran, keluarga menjadi keutamaannya, bahkan dengan kehadiran anak lelaki keduanya, Muhammad Yusoff menambah seri rumah tangganya.Malah, Noorkhiriah, 33, menganggap kehadiran anaknya itu menambah rezekinya sekeluarga sehingga tidak menang tangan menerima tawaran berlakon selepas bersalin termasuk sitkom komedi terbaru Boona & Boonie bergandingan dengan Ieda Moin.“Ini drama saya ke enam selepas bersalin dan Alhamdulilah rezeki saya semakin bertambah selepas kelahiran anak kedua. Selain drama, filem terbaru saya Papadom 2 dengan Afdlin Shauki dan masih memegang watak yang sama,” katanya.Walaupun sudah empat bulan kelahiran anak keduanya itu, namun Noorkhiriah masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah comel anaknya kepada umum. Menyentuh mengenai imejnya kini, Noorkhiriah menafikan dirinya sudah bertudung dan imej yang digayakan hanyalah sekadar trend buat dirinya namun masih memegang watak tidak bertudung.“Saya nak perbetulkan tanggapan sesetengah pihak yang ini cuma trend bukan bertudung sepenuhnya malah di dalam lakonan saya tetap tidak bertudung.“Kita kalau betul-betul nak bertudung biar ikhlas bukan kerana terpaksa dan Insya-Allah kalau sampai masanya untuk saya bertudung tak mustahil saya akan bertudung tetapi imej saya kini bukan bertudung,” jelasnya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|