|
CABARAN Akar Jerlun 2011, edisi ke-2 yang menawarkan hadiah keseluruhan RM110,000 bukan sahaja menarik minat penggiat sukan kayak di negara ini, malah turut mendapat penyertaan memberangsangkan dari beberapa negara Asia termasuk Thailand, Singapura, Filipina dan Indonesia.\rKejohanan yang bermula 30 September sehingga 2 Oktober ini bakal menyaksikan persembahan lebih 305 peserta dengan 165 kayak dari seluruh negara dan rantau Asean.\r\n\n\n\n\r Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Akar Jerlun 2011, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, ini adalah satu kejohanan tempatan yang memberi peluang kepada anak muda menunjukkan bakat mereka terutama dalam sukan kayak.\r\r\n\n\n\n\n “Tahun ini kita melakukan sedikit perubahan terutama dalam kategori yang dipertandingkan di mana kita tidak hanya fokus kepada penyertaan di peringkat tempatan namun juga di peringkat antarabangsa.”\r“Kita berharap penganjuran ini dapat dijadikan platform bagi mempromosikan kawasan jelapang padi negara kepada pihak luar supaya mereka melihat ,kawasan tadahan air seperti bendang dan sawah padi boleh dijadikan tempat bersukan iaitu kayak,” katanya pada sidang media di Dewan MECC Menara Matrade, Kuala Lumpur, semalam.\rKejohanan ini turut mendapat sokongan beberapa Institut Pengajian Tinggi Awam seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Utara Malaysia (UUM), Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) dan Persatuan Kanu Kedah.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|