CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 118|Reply: 0

Zahrah ceriakan hidup Jimmy

[Copy link]
Post time 1-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Yakin dapat perbaiki hubungan dengan isteri, Suhaila Elaini\rKETIBAAN kami di rumah banglo dua tingkat milik keluarga mentua Jimmy Shanley pada Rabu lalu, disambut deretan kereta mewah. Beberapa wakil media menjangkakan tentu ramai tetamu yang bertandang untuk menziarah si comel, Zahrah Shanley. \r\n\n\n\n\rBagaimanapun, sebaik kaki melangkah ke kediaman yang dihiasi perabot mewah milik usahawan kosmetik Datin Muniroh Kassim,  banglo mewah itu ternyata sunyi. Datang bertandang  ketika itu hanyalah kakak ipar Jimmy.\r\r\n\n\n\n\nKami dipelawa Jimmy ke bilik tetamu, tempat dia dan buah hatinya menghabiskan masa bersama. Sudah dua hari kata Jimmy, dia menginap di bilik itu bersama Zahrah. \rMalah bilik yang dihiasi perabot dari tema warna keemasan itu dipenuhi pelbagai barangan si kecil. Sebuah almari putih yang diletakkan di tepi pintu bilik itu pula menempatkan pelbagai barangan Zahrah, terutama baju pelbagai gaya yang dibeli oleh neneknya.\rKata Jimmy yang kelihatan ceria sejak bergelar bapa, dia tidak mahu melimpahkan Zahrah dengan kemewahan. Dia sendiri membeli barang-barang untuk puteri comelnya yang lahir pada 24 Jun lalu mengikut kemampuan.\r“Tumpuan saya hanyalah keada Zahrah. Segala masalah yang berlaku antara saya dengan isteri buat masa ini tolak ke tepi dulu. Saya seronok dapat menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Sejak Isnin lalu, saya tidur di rumah mentua kerana ingin berada dekat dengan anak. \r\n\n\n\n\r“Sudah dua malam saya tidur dengan dia. Zahrah tidak menyusahkan. Dia tidak banyak ragam, kemungkinan dia faham masalah antara ibu dengan bapanya. Saya dan isteri bergilir-gilir menjaga Zahrah, ibu mentua juga banyak membantu. Kadang kala dia akan menemani saya menjaga Zahrah, ibu mentua juga menjadi orang tengah antara saya dengan isteri.\r“Kalau ada perkara yang ingin saya sampaikan kepada isteri, dia akan sampaikan. Mungkin selepas ini, Zahrah pula akan menjadi orang tengah. Saya berharap kehadiran Zahrah dapat mengeratkan hubungan kami suami isteri,” katanya.\rKebetulan dia kini hanya terbabit untuk program Gala TV Plus di  saluran Awani pada setiap petang pada hujung minggu. Justeru, dapatlah dia meluangkan banyak masa menjaga si kecil itu. Mungkin selepas isterinya habis tempoh berpantang, Jimmy berhasrat membawa pulang anaknya ke kediaman sendiri.\rBagaimanapun, dia akan membawa pulang Zahrah secara baik kerana faham keluarga isterinya juga berhak ke atas bayi itu. Malah, Jimmy juga sanggup berkorban berulang alik dari rumahnya ke rumah mentuanya semata-mata untuk anaknya itu.\r“Kami akan sama-sama menjaga Zahrah. Tidak adil kalau saya mengambil Zahrah daripada ibunya walaupun jika diikutkan isteri perlu mendengar cakap suami. Walaupun ada masalah dengan isteri, kalau boleh saya tidak mahu mengheret Zahrah dalam masalah kami. Saya mahu dia membesar dengan mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu dan ayahnya. \r“Saya tidak mahu Zahrah hidup dalam keluarga yang porak peranda. Saya akan sentiasa mendoakan dia supaya menjadi seorang anak solehah,” kata Jimmy yang menyerahkan nasibnya di tangan takdir.\rBiarpun diuji dengan ujian maha hebat ini, belum pernah lagi terlintas di hati bekas pengacara Trek Selebriti untuk mencari suri hidup yang lain, sekalipun ibu mentuanya tidak mempunyai halangan jika dia mahu berbuat demikian.\rWalau apa sekalipun yang terjadi, dia tidak akan berpisah dengan isterinya Suhaila Elaini kerana katanya perpisahan bukanlah jalan kepada penyelesaian masalah. “Saya perlu berfikir secara dewasa, hanya kematian yang akan memisahkan kami,” kata Jimmy.  \rSementara itu, Muniroh yang setia menemani menantu dan cucunya ketika sesi fotografi ini ternyata seorang yang cukup ‘sporting’. Sesekali dia mencelah ketika sesi temu bual, lagak mereka bagaikan seorang sahabat karib yang bebas untuk berkata apa saja.\rKatanya, sehingga kini, dia tidak berhenti daripada mencari penawar bagi memulihkan masalah rumah tangga anaknya.\r“Saya tidak nampak perkara ini datang dari hati dia. Pada waktu sama, kita juga kena percaya benda misteri. Saya akan terus berusaha untuk mengubati masalah anak saya. Saya percaya setiap penyakit pasti ada ubatnya, jadi saya yakin satu hari nanti masalah ini dapat diselesaikan,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.424822 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list