CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 81|Reply: 0

ISN berdiri sebagai badan berkanun tersendiri

[Copy link]
Post time 1-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SELEPAS lama berfungsi sebagai entiti di bawah Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) akhirnya ‘terpisah’ dan bakal berdiri sebagai badan berkanun tersendiri.\rBaru saja mengadakan sambutan ke-15 tahun ISN di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil tahun Mac lalu, Rang Undang-undang Akta Institut Sukan Negara (ISN) 2011 sudah diluluskan di Dewan Rakyat Isnin lalu dan hanya menunggu masa dihantar ke Dewan Negara sebelum diwartakan.\r\n\n\n\n\r   Ketua Pengarah ISN, Datuk Dr Ramlan Abd Aziz berkata, dengan adanya Akta ISN nanti, banyak perkara boleh dilaksanakan termasuklah melantik lembaga pengarahnya sendiri dalam menentukan tugas dan tanggungjawab secara terperinci.\r\r\n\n\n\n\n   “Ini akan menjadikan ISN sebagai satu entiti tersendiri yang memberi fokus kepada perubatan sains dan teknologi sukan di Malaysia serta khidmat sokongan untuk atlit daripada peringkat akar umbi hingga ke peringkat elit,” katanya.\rSebelum ini, ISN yang menyediakan pelbagai perkhidmatan cabang sains sukan seperti pakar psikologi, pakar pemakanan, pakar biomekanik dan penganalisis perlawanan banyak membantu persiapan kontinjen negara menghadapi kejohanan dalam dan luar negara.\rKewujudan ISN sebagai badan  berkanun juga, kata Dr Ramlan, akan memberi kesan dan impak lebih meluas dalam membantu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menggiatkan usaha membudayakan sukan di kalangan rakyat.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.313663 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list