|
Mungkin rombak barisan pemain di Taiwan selepas beberapa tonggak cedera\rWALAUPUN tidak berakhir seperti diharapkan, ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya ketika merakam kemenangan 2-1 ke atas Taiwan pada perlawanan pertama pusingan kelayakan Piala Dunia zon Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.\r\n\n\n\n\r “Kita bermula agak lembap pada beberapa minit pertama, tidak agresif seperti biasa dan saya sedikit kecewa dengan pergerakan dari sayap kanan,” kata Rajagobal selepas perlawanan.\r\r\n\n\n\n\n “Namun mula mendapat rentak dan membuka jaringan di pertengahan babak pertama.\r“Bagaimanapun pemain tidak meneruskan rentak sama untuk menekan Taiwan dan menambah jaringan. Pada babak kedua, kita lebih agresif sehingga muncul gol kedua, tetapi selepas itu sekali lagi pemain leka dan membiarkan lawan membolosi gawang.\r“Pada pendapat saya, kita sepatutnya mendapat dua gol lagi menerusi Baddrol Bakhtiar yang mempunyai peluang keemasan di depan gawang Taiwan, tetapi dia gagal memanfaatkannya.”\rDi sebalik kekecewaan itu, Rajagobal tetap gembira dengan aksi anak buahnya yang secara keseluruhan mempamerkan rentak permainan seperti diharapkan. \r\n\n\n\n\r“Kita tidak kalah atau seri, jadi itu sesuatu yang positif. Saya yakin pemain mampu mengembalikan rentak agresif pada perlawanan kedua nanti dan memastikan kemenangan milik negara,” kata Rajagobal.\rMenjelang perlawanan di Taiwan Ahad ini, Rajagobal akan memastikan anak buahnya tidak mengulangi kesilapan sama dan dia mungkin terpaksa merombak skuadnya selepas beberapa pemain mengalami kecederaan.\rAntara pemain yang mungkin tidak dapat diturunkan kedua nanti ialah penyerang Pelita Jaya FC, Safee Sali yang mengalami kecederaan di akhir babak pertama. Gandingan mantap bekas pemain Selangor itu di Piala AFF Suzuki 2010, Norshahrul Idlan Talaha sekadar memanaskan bangku simpanan kelmarin, tetapi berkemungkinan menjadi taruhan Rajagobal andai cergas.\rDi barisan pertahanan, Rajagobal masih mempunyai pilihan dengan pemain skuad Olimpik, Muslim Ahmad dan Mahali Jasuli boleh diturunkan pada bila-bila masa walaupun berpuas hai dengan gandingan Helmi Remeli, Aidil Zafuan Abd Radzak, Fadhli Shas dan Asraruddin Putra Omar.\r“Saya yakin pemain akan menyempurnakan tugasan mereka dengan baik di Taiwan nanti. Ini baru permulaan dan kemenangan 2-1 cukup positif untuk membawa negara melangkah lebih jauh,” kata Rajagobal.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|