CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Tak malu dipanggil 'botol'

[Copy link]
Post time 29-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Arja mantapkan dunia seninya daripada filem kepada makyung\rBUKAN calang-calang dugaan yang perlu ditempuhi Arja Lee sebaik menerima tawaran membintangi ... Dalam Botol, malahan tayangan filem kontroversi itu sudah beberapa bulan berlalu, masih ramai memandang sinis terhadapnya.\r\n\n\n\n\rNamun empunya nama sebenar Azharudin Ramli, 27, menerima segala pandangan atau kritikan dengan hati terbuka sekali gus melihat sesuatu perkara dari dua sudut berbeza.\r\r\n\n\n\n\nBaik atau buruk tanggapan sesetengah pihak, yang pasti filem ... Dalam Botol membuka dimensi baru dalam kerjaya lakonannya kerana kewujudan bakat muda itu di arena hiburan semakin disedari.\r“Memang saya lebih dulu menari dan menyanyi berbanding berlakon, membuatkan ramai belum nampak bakat lakonan saya. Agak lama juga mahu mencari tapak tetapi filem ini memberi jalan dan mengukuhkan perjalanan saya.\r“Sekarang ada yang menegur, memanggil saya botol atau Rubi. Saya tak malu kerana itu tandanya lakonan kita meninggalkan kesan,” katanya. \rSudah bertahun aktif sebagai penari selain mencuba nasib menerusi beberapa pertandingan pencarian bakat termasuk program realiti, akui Arja lagi kedua-dua cabang seni itu lebih awal diceburinya.\r\n\n\n\n\rMalah penuntut Ijazah Sarjana Muda, Lakonan dan Pengarahan Teater di Universiti Sains Malaysia (USM) itu pernah mengiringi persembahan ramai penyanyi termasuk Datuk Siti Nurhaliza.\rSelepas ‘menemui’ ... Dalam Botol, dedah Arja cinta terhadap seni lakon semakin sarat mencengkam jiwa membuatkan dirinya tidak mungkin berpaling lagi kerana yakin itulah bidang yang dicari-cari selama ini.\r“Banyak perkara saya pelajari daripada filem ini dan pasukan produksinya. Saya tidak malu menyatakan filem itu merubah hidup saya. Biar apa pun tanggapan segelintir pihak mengenai ...Dalam Botol, ia mengingatkan saya untuk menilai sesuatu daripada sudut berbeza.\r“Daripada sekadar suka-suka, saya mahu lebih serius berlakon dan mencabar diri membawakan aneka watak tidak kira peranan sampingan kerana setiap watak penting untuk menghidupkan kronologi kisah,” katanya yang berjinak-jinak pula dengan mak yong.\rBerkongsi cerita mengenai teater tradisional Dewa Indera Indera Dewa yang dipersembahkan di di Istana Budaya pada 17 dan 18 Jun lalu, Arja menjelaskan pelawaan pengarah pementasan yang juga pakyong terkenal, Rosnan Rahman umpama mimpi menjadi kenyataan.\rDiamanahkan membawa watak Indera Dewa, peluang berkongsi pentas dengan penggiat mak yong diterima ketika masih dalam pementasan muzikal Kenangan Mengusik Jiwa (KMJ) yang juga di lokasi sama.\rKatanya, rezeki yang dianugerahkanNya tidak mungkin dipersiakan apatah lagi bagi bakat baru merangkap pelatih yang menjalani latihan praktikal di gelanggang seni bertaraf dunia itu.\r“Apabila ditawarkan terbabit dalam pementasan yang akan menjelajah ke Negeri Sembilan dan negeri lain ini, saya amat bersyukur malah berkali-kali bertanya pada Rosnan sama ada mereka bergurau atau serius. Sudah pasti saya mahu melakukan yang terbaik kerana ia juga termasuk dalam pemarkahan kerja amali,” katanya yang belum pernah terbabit dalam pementasan mak yong berskala besar.\rTambah anak muda yang punya asas mak yong itu, lenggok tarian serta nyanyian menjadi kelebihan untuk pementasan seumpama itu yang memerlukan pelakon menari dan menyanyi cuma di dalam mak yong baginya perkara agak mencabar adalah menuturkan loghat Kelantan.\r“Saya banyak belajar daripada Rosnan dan pengarah bersama teater tradisional ini, Fatimah Abdullah yang juga penggiat mak yong sama ada dari segi lenggok badan, bahasa dan pertuturan.\r“Apa pun saya menerima tawaran ini bukan untuk membuktikan sesuatu sebaliknya antara lain mahu mendalami mak yong yang menjadi sebahagian daripada seni warisan bangsa,” katanya.\rPROFIL\rNama penuh: Azharudin Ramli\rPanggilan: Arja Lee\rTarikh lahir: 8 September 1983\rAsal: Kuala Lumpur\rPendidikan: Mengikuti Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan, Universiti Sains Malaysia (USM)\rTeater: Puteri Gunung Ledang, Mahsuri dan Kaki Blues\rDrama: Alahai Anak Omak dan Ku Lagu Cinta Bisu\rFilem: ...Dalam Botol

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.048309 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list