|
Mara ke separuh akhir pertama sejak 2006\rLONDON: Maria Sharapova mara ke separuh akhir kejuaraan Wimbledon buat pertama kali sejak 2006, malam tadi selepas mudah membaham Dominika Cibulkova dengan kemenangan 6-1, 6-1 dalam saingan suku akhir.\r\n\n\n\n\r Cibulkova yang sebelum ini mengejutkan pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki dalam kelompok 16 terakhir, kelmarin langsung tidak menjelmakan pencapaian sama menentang Sharapova yang kini dilabel pilihan mengulangi kejayaan pada 2004.\r\r\n\n\n\n\n “Ia satu penghormatan untuk berada dalam separuh akhir. Sudah lama saya tidak melepasi pusingan keempat dan ini memberi saya satu peluang baru,” kata bintang dari Russia itu.\r“Setiap lawan adalah berbeza. Saya berdepan laluan lebih sukar selepas ini dan ghairah menunggu perlawanan berikut.”\rSharapova yang belum mencicirkan sebarang set sehingga ke suku akhir bergerak pantas atas gelanggang dan membuat lawannya itu kerap terperangkap dengan pukulan padu. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|