View: 153|Reply: 0
|
Kuasa besar Asia lepasi halangan
[Copy link]
|
|
Australia, Jepun, Korea Selatan mara pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012ABU DHABI (UAE): Kuasa besar Asia, Australia, Jepun dan Korea Selatan melepasi halangan pusingan kedua kelayakan Olimpik London kelmarin, manakala Bahrain menamatkan impian Palestin dan Iraq mengejutkan jirannya, Iran untuk mara ke pusingan kelayakan terakhir.\rOman mengatasi China yang bermain dengan 10 orang menerusi tiga gol pada masa tambahan untuk kemenangan 3-1 dan mara dengan agregat 4-1, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekadar seri 1-1 menentang Korea Utara kelmarin tetapi layak dengan agregat 2-1, manakala Syria membelasah Turkmenistan 4-0 dan 6-2 keseluruhan. \r\n\n\n\n\r Qatar pula menyingkirkan India dengan agregat 4-2 selepas seri 1-1 pada perlawanan pertama, dan Arab Saudi mengecewakan Vietnam 6-1 secara agregat selepas kemenangan 4-1 kelmarin.\r\r\n\n\n\n\n Hong Kong yang turut kehilangan seorang pemain, menjadi mangsa Uzbekistan selepas tewas 0-3 secara agregat. Wakil tunggal Asia Tenggara, Malaysia mengejutkan pasukan pilihan, Lubnan 2-1 di Kuala Lumpur selepas seri 0-0 di Beirut.\rPeringkat seterusnya bakal menyaksikan saingan tiga kumpulan yang dibarisi empat pasukan, dengan juara akan layak secara automatik ke London tahun depan. Undian akan diadakan pada 7 Julai dan pasukan bertanding akan bermain mengikut format gelanggang sendiri dan lawan bermula 21 September hingga 14 Mac 2012.\rPada perlawanan antara Australia dan Yaman, penyerang Jason Hoffman meledak hatrik untuk kemenangan 4-0 kelmarin dan 7-0 secara agregat, dengan lima gol daripadanya datang daripada Hoffman.\rJepun terpaksa bekerja keras selepas tewas 2-1 di tangan Kuwait kelmarin, tetapi mara 4-3 secara agregat hasil kemenangan perlawanan pertama. Saki Oriki membuka jaringan pada minit 22, tetapi Kuwait bangkit menguasai babak kedua. Hamad Aman membuka jaringan empat minit selepas rehat disusuli jaringan penalti Yousef Nasser Al Salman. Namun tuan rumah gagal menambah gol untuk mengheret permainan ke masa tambahan. – AP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|