|
Kapten skuad Olimpik percaya jaringan pantas mampu sentap Lubnan esokANDAI gol awal mampu diledak membolosi gawang Lubnan, peluang Malaysia layak ke pusingan ketiga kelayakan Olimpik adalah cerah.\rItulah firasat diluahkan kapten pasukan, Khairul Fahmi Che Mat yang mahu rakan sepasukan, khasnya jentera serangan tampil memburu jaringan awal dalam perlawanan kedua, pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok.\r\n\n\n\n\r “Kami sudah bersedia mengasak kubu lawan cari gol awal dan ketika sama akan mengawal ketat benteng pertahanan,” kata penjaga gol utama dari Kelantan itu.\r\r\n\n\n\n\n “Saya dan semua rakan sepasukan bertekad mahu memburu kejayaan menentang Lubnan di gelanggang sendiri. Kami tidak rela menghampakan semua penyokong negara dan berazam layak ke pusingan ketiga sebagai hadiah kepada seluruh rakyat Malaysia.”\rKhairul Fahmi atau lebih popular dengan panggilan Apek tidak menafikan misi utama skuad Olimpik negara adalah untuk menang mengerti lawan akan bangkit menghampakan mereka selepas seri 0-0 dalam perlawanan pertama, Ahad lalu.\rDia mengulangi betapa sokongan penyokong tempatan amat diharapkan dapat membanjiri Stadium Nasional malam esok bagi tujuan menyuntik semangat kepada skuad muda negara berjuang dan menghalang kemaraan lawan pimpinan Samir Saad.\rPada pusingan pertama Mac lalu, pasukan kendalian Ong Kim Swee itu menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0 untuk memburu laluan ke Sukan Olimpik.\r\n\n\n\n\rKali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.\rKhairul menasihatkan rakan sepasukan sentiasa bersedia khususnya di bahagian serangan bersiap bersedia mengaut peluang depan mata.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|