View: 212|Reply: 0
|
Taufiq pasang impian besar
[Copy link]
|
|
Tekad capai sasaran buru tempat 10 pelumba terbaik di Teluk IntanWALAUPUN menganggap dirinya masih mentah, Mohd Taufiq Roslan tetap meletakkan sasaran tinggi dalam kategori CP130 pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak, hujung minggu ini.\rBeraksi pada musim pertama dalam kategori utama, pelumba 19 tahun itu dianggap bertuah kerana terpilih membawa cabaran pasukan berprofil tinggi dalam Cub Prix iaitu Yamaha Maju Motor Racing. Sebelum ini pada 2010 dia mewakili pasukan FortyOne Racing dalam kategori CP115 manakala tahun sebelumnya, dia berlumba untuk Fatt Fatt Honda Racing dalam kategori Novis. \r\n\n\n\n\r Setakat ini, Taufiq berjaya memungut 34 mata untuk berada di tangga ketujuh keseluruhan, 20 mata ketinggalan kepada pendahulu kejuaraan, Norizman Ismail (Harian Metro TEQ SCK Honda Racing) yang mengumpul 54 mata. \r\r\n\n\n\n\n Sementara itu, rakan pasukan Norizman, Mohd Affendi Rosli dan Ahmad Fazli Sham dari pasukan Pennzoil Fastrac Racing berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan 48 dan 46 mata. \r“Pengurus saya, Yong Yin Hoe hanya meletakkan sasaran agar saya dapat menamatkan perlumbaan di kalangan 10 pelumba terbaik. \r“Setakat ini saya dapat mencapai sasarannya kecuali di Kangar apabila berada di kedudukan ke-13 kerana ketika itu kami masih belum mendapatkan pelarasan terbaik buat jentera. \r“Pada dua pusingan berikutnya di Batu Kawan dan Kuala Terengganu, saya berada di kedudukan ketujuh dan ketika Pusingan 4 di Putrajaya, saya hampir menjejakkan kaki di podium apabila menamatkan perlumbaan di tempat keempat,” katanya, semalam.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|