|
Ini bukan kali pertama dia berbuat demikian: RashidSAMA ada ia satu helah atau memang sakit, tindakan Lin Dan menarik diri dan memberi kemenangan percuma kepada Chen Jin sebelum final Terbuka Singapura, kelmarin sedikit pun tidak mengocak ketenangan minda jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei yang akan turun mempertahankan kejuaraan Terbuka Indonesia bermula dengan pusingan kelayakan, hari ini.\r“Biarlah dia (Lin Dan) buat apa saja. Saya percaya minda Chong Wei sedikit pun tidak terganggu dengan tindakannya itu. Lagipun, ini bukan kali pertama dia berbuat demikian, tetapi sudah beberapa kali termasuk di Terbuka Malaysia,” kata ketua jurulatih negara, Rashid Sidek, semalam.\r\n\n\n\n\r Rashid juga tidak menolak kemungkinan bintang China yang lebih dikenali ‘Super Dan’ itu mungkin mengulangi tindakan sama bagi mengelak pertemuan dengan Chong Wei pada kejohanan kedua yang menawarkan hadiah keseluruhan tertinggi US$600,000 (RM1.8 juta) selepas Terbuka Korea itu.\r\r\n\n\n\n\n Berdasarkan rekod pertemuan tahun ini, kedua-dua pemain terikat 1-1 dengan Lin Dan memenangi pertemuan pertama di final Terbuka Korea, tetapi Chong Wei bangkit menundukkan lawan itu untuk mempertahankan mahkota kejuaraan Seluruh England.\rRashid bagaimanapun yakin tindakan Lin Dan menarik diri hingga diejek penonton itu sebagai satu helah China kerana daripada pemerhatiannya permainan jaguh China itu sedikit pun tidak terganggu ketika menundukkan Peter Gade di separuh akhir.\r“Saya yakin tindakannya itu bagi membantu mengukuhkan kedudukan rakan senegara dalam kutipan mata ke Sukan Olimpik tahun depan. Jika tidak silap saya, jika tiga pemain mereka berada dalam kelompok 10 teratas, mereka layak menghantar ketiga-tiga pemain berkenaan beraksi.\r“Jadi, ini membolehkan China mengatur strategi dan mengelakkan mereka tidak terlalu bergantung harap kepada seorang pemain pada temasya berprestij itu,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|