View: 144|Reply: 0
|
Pro & Kontra: Wujud semula pertandingan peringkat mukim, daerah
[Copy link]
|
|
SEKALIPUN rasuah bola sepak menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini dan saya sendiri diundang sebuah stesen televisyen swasta tempatan untuk membincangkannya Jumaat lalu, Sukan Malaysia (SUKMA) tetap menarik perhatian saya.\rIni kerana pencapaian atlit Perak yang gagal meraih sebarang pingat emas di temasya Kuala Lumpur 2011 turut meletakkan negeri itu di tangga tercorot, selepas hanya mengutip lima perak dan 18 gangsa daripada 13 negeri yang mengambil bahagian.\r\n\n\n\n\r Saya seperti tidak percaya dengan pencapaian Perak sedangkan kemudahan sukan yang ada di negeri itu adalah antara yang terbaik, malah saya tertanya-tanya bagaimana negeri kecil seperti Perlis mampu meraih lima emas, enam perak dan lapan gangsa.\r\r\n\n\n\n\n Banyak kejohanan bertaraf antarabangsa seperti hoki Piala Sultan Azlan Shah dan terbaru, Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia diadakan di Ipoh dan mereka terbukti mampu memberi persaingan, tetapi sebaliknya berlaku di SUKMA.\rSaya berharap satu bedah siasats dilakukan Perak dan pasukan lain yang gagal mencapai sasaran kerana SUKMA adalah gelanggang untuk menilai atlit untuk diserapkan mewakili negara di pentas antarabangsa.\rIa sama seperti bola sepak, jika kurang bilangan kelompok atlit di peringkat bawahan, ia juga memberi kesan kepada mutu saingan dan akhirnya kita akan gagal melahirkan pemain yang berkualiti di peringkat lebih tinggi.\rKetika berucap merasmikan temasya sukan Olahraga Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II di FELDA Ijok dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah baru-baru ini, saya ada menyarankan supaya penganjuran bola sepak peringkat mukim, daerah dan negeri diwujudkan semula bagi persatuan negeri yang belum menganjurkannya.\r\n\n\n\n\rSaya percaya, jika negara memiliki ramai pemain yang mampu memberi persaingan, tidak mungkin ada pemain yang bersikap besar kepala dan membuat pelbagai tuntutan yang akhirnya mendatangkan masalah kepada pasukan, sedangkan sumbangan mereka tidak sebesar mana.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|