CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

Stadium kosong angkara perang

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SEJAK empat tahun lalu, liga bola sepak di Lubnan hanya disaksikan bangku-bangku kosong apabila kerajaannya tidak membenarkan penonton hadir ke stadium setiap kali berlangsungnya perlawanan.\rPeraturan itu berkuat kuasa selepas berlaku peperangan antara militan Israel dan Hezbollah di utara Lubnan yang berlarutan selama 34 hari. Keadaan politik tidak stabil memaksa kerajaan menghalang sebarang perhimpunan dilakukan termasuk menonton perlawanan bola sepak.\r\n\n\n\n\r  Namun itu tidak menghalang bola sepak Lubnan daripada terus membangun walaupun badan induknya tidak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan, dan pasukan Olimpik yang ada sekarang adalah yang terbaik pernah wujud sejak 1998 ketika mereka menduduki tangga ke-85 FIFA.\r\r\n\n\n\n\n  “Ini saja harapan kami untuk kembali menaikkan maruah bola sepak Lubnan,” kata pengurus pasukan remaja kebangsaan Lubnan, Nasser Bakhtr berkenaan pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 bertemu skuad Olimpik negara hari ini.\r“Bola sepak di sini sudah mati sejak lima tahun lalu di mana setiap perlawanan liga dilangsungkan tanpa penonton. Inilah peluang kami mengembalikan populariti bola sepak Lubnan.”\rUntuk pertemuan dengan skuad kendalian Ong Kim Swee hari ini, Lubnan membuat persiapan rapi sejak berakhirnya liga tempatan lebih sebulan lalu dengan enam siri perlawanan persahabatan antarabangsa yang lebih memihak kepada negara itu termasuk kemenangan 1-0 ke atas Qatar.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.276221 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list