View: 187|Reply: 0
|
Raja hilang sentuhan Norshahrul
[Copy link]
|
|
Abdul Hadi diberi tanggungjawab galas tugas penggempur bertemu Myanmar SKUAD kebangsaan terpaksa menyandarkan sepenuh harapan kepada penyerang tunggalnya, Abdul Hadi Yahaya selepas penyerang utama Norshahrul Idlan Talaha disahkan tidak dapat beraksi pada perlawanan persahabatan bertemu Myanmar di Kota Bahru, esok.\n\n\n\n Jurulatih Datuk K Rajagopal berkata, Norshahrul yang menghasilkan 17 gol tahun ini, mengalami kecederaan hamstring ketika pertemuan Kelantan dengan Perak, Selasa lalu.\n\n\n\n\n Tambah memburukkan keadaan, Shahrizal Saad, Hisyamudin Sha\'ari dan pemain sayap kanan, S Chanturu turut cedera tetapi mampu pulih menjelang perlawanan persahabatan itu.“Saya tidak fikir Norshahrul sempat pulih dalam masa terdekat ini untuk bersama skuad utama yang akan menyertai kelayakan Piala Dunia bertemu Taiwan, 29 Jun ini tetapi saya yakin yang lain (Shahrizal, Hisyamudin Sha’ari dan Chanturu) boleh pulih,” kata Rajagopal selepas sidang media jelajah Asia 2011 Arsenal di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.Katanya, dia tidak cemas tanpa Norshahrul kerana masih mempunyai beberapa penyerang lain dan akan terus menguji gandingan lain selepas perlawanan itu.Sementara itu, Abdul Hadi yang diberi kepercayaan, berjanji memikul tanggungjawab diberi Rajagopal itu sebaik mungkin bagi membantu skuad negara mencatat kemenangan di Kota Bahru.\n\n\n\n“Saya teruja dan ini adalah kepercayaan tinggi diberikan. Saya akan buat yang terbaik untuk mendapatkan untuk terus mendapat kepercayaan jurulatih,” katanya, yang hanya ketinggalan satu gol berbanding Norshahrul dalam saingan liga tempatan.Sementara itu, Norshahrul mengakui dia agak kecewa dan terkilan tidak dapat beraksi dalam perlawanan bertemu Myanmar yang disifatkannya sebagai satu medan menyajikan persembahan antarabangsa terbaik di depan penyokong Kelantan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|