CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 215|Reply: 0

Clijsters dihantui cedera lama

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Jalani ujian  pergelangan kaki kanan untuk sertai tenis Wimbledon\rROSMALEN (Belanda): Juara Terbuka Amerika Syarikat dan Australia, Kim Clijsters menerima tamparan hebat menjelang cabaran kejuaraan tenis Wimbledon, kelmarin apabila kecederaan lama di pergelangan kaki kanan kembali menghantui dirinya.\r\n\n\n\n\r  Gadis Belgium berusia 27 tahun itu kelihatan tercedera di pergelangan kaki ketika tewas 7-6 (7/5), 6-3 kepada pemain Itali, Romina Oprandi dalam pusingan kedua kejohanan WTA di sini yang mungkin boleh menghalang peluangnya beraksi di Wimbledon yang dijadualkan berlangsung minggu depan.\r\r\n\n\n\n\n  Clijsters pernah menerima musim mimpi buruk sejak memenangi Terbuka Australia apabila bahunya mengalami kecederaan dan kemudian pergelangan kakinya pula tercedera sehingga menyekat persiapan menghadapi Terbuka Perancis, yang menyaksikan dia terpaksa dikeluarkan pada pusingan kedua ketika bertemu pemain ranking ke-114, Arantxa Rus.\rClijsters berkata, dia bersedia untuk menjalani ujian ke atas pergelangan kaki kanannya yang tercedera ketika menari di majlis perkahwinan sepupunya awal tahun lalu.\r“Saya akan menjalani beberapa lagi ujian malam ini atau esok pagi dan selepas itu saya boleh memberikan jawapan lebih terperinci mengenai keadaan sebenar pergelangan kaki saya,” kata Clijsters, yang ingin memenangi Wimbledon selepas menunjukkan prestasi terbaik dengan memasuki dua pusingan separuh akhir.\r“Saya memukul bola dengan baik semasa sesi latihan dan boleh bergerak dengan baik. Saya tidak terlalu risau sangat tetapi ia sesuatu yang mengecewakan apabila ia terjadi dan ini meletakkan saya di belakang semula seperti beberapa minggu lalu. Namun itu adalah yang perlu dihadapi atlit,” katanya. -  AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.047915 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list