View: 170|Reply: 0
|
Devan yakin Selangor boleh
[Copy link]
|
|
Jurulatih tetap nilai Merah Kuning mampu pertahan mahkota juaraPENENTUAN Liga Super pada 6 Julai ini dianggap paling menarik pernah disaksikan. \n\n\n\n Firasat itu diluahkan ketua jurulatih Selangor, K Devan yang melihat ‘saingan sehingga ke garisan penamat’ itu memberi debaran kepadanya.\n\n\n\n\n Namun, dia tetap berasa mahkota kejuaraan itu bakal memihak Selangor ketika peluang terbuka memburu pengiktirafan itu bersama pendahulu liga, Kelantan dan juara baru Piala FA, Terengganu.Sasaran Devan adalah mempertahankan kejuaraan liga selain melunaskan misi untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu piala dalam saingan tahun ini.“Siapa yang menang liga itu adalah yang terbaik dalam Malaysia dan dua musim lalu, Selangor adalah pasukan yang terbaik dan musim ini pun kita juga masih dalam saingan untuk menjadi juara sehingga ke akhir perlawanan.“Saya berpuas hati dan kita tunggu saja perlawanan terakhir nanti,” katanya yang tidak mahu lagi memikirkan mengenai Piala Malaysia dan mahu memberi sepenuh tumpuan dalam perlawanan terakhir Liga Super yang bakal menyaksikan pasukannya bertemu Perak di laman lawan pada 6 Julai ini.\n\n\n\nKelmarin, Selangor menewaskan Felda United 2-1 di Stadium Shah Alam untuk terus menghambat Kelantan yang turut menang tipis 1-0 ke atas Perak.Devan beranggapan saingan liga amat berbeza dengan Piala FA atau pun Piala Malaysia yang mana kedua-dua kejohanan berkenaan adalah format kalah mati.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|