View: 123|Reply: 0
|
Kelantan tidak hukum Daudsu
[Copy link]
|
|
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak bercadang mengambil tindakan disiplin atau menukar posisi pemain pertahanannya, Daudsu Jamaluddin sebagai hukuman berikutan kecuaiannya menjaringkan gol ke gawang sendiri ketika menentang Terengganu dalam final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.\r“Kita tidak akan mengambil sebarang tindakan disiplin ke atas Daudsu atas kesilapan menjaringkan gol sendiri pada perlawanan itu yang menyebabkan Kelantan gagal membawa pulang piala berprestij,” kata Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, semalam.\r\n\n\n\n\r“Adalah tidak adil jika menghukum seseorang pemain yang baik hanya kerana sekali melakukan kesilapan tidak disengajakan, bukan jenis saya sebagai Presiden KAFA sanggup melakukan perkara itu.\r\r\n\n\n\n\n “Malah, kita akan terus memberi semangat dan motivasi kerana kita mempunyai misi lebih besar untuk menempah tempat dalam Liga Super dan Piala Malaysia musim ini,” katanya.\rAnnuar, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), berkata beliau tahu ramai peminat dan penyokong Kelantan kecewa dan marah terhadap kesilapan pemain Kelantan itu dan sebagai Presiden Kafa, beliau sendiri lebih lagi merasai bahang itu.\r“Kita juga tidak akan tukar posisinya di barisan pertahanan Red Warriors... kita kena ingat dalam insiden itu, ada dua lagi penyerang Terengganu di belakangnya yang mungkin akan menjaringkan gol biarpun Daudsu tidak melakukan kesilapan itu...,” katanya.\rSementara itu, Annuar berkata KAFA akan memberi tawaran menonton secara percuma perlawanan persahabatan Kelantan dengan pasukan bola sepak sama ada dari Indonesia atau Thailand yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada 2 Julai.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|