|
PELUNCUR udara wanita negara, Norhayati Jamaludin mengharumkan nama Malaysia apabila menempatkan dirinya sebaris dengan empat peluncur terkemuka dunia dari Indonesia pada Pertandingan Luncur Udara Piala Dunia (PGAWC) di Bukit Lohan, semalam.\rMewakili Malaysia 2, Norhayati menyaingi Rosnia Dian, Sirin Milawati, Bonaria Cherry dan Lis Adriana untuk menduduki tempat kelima kategori perseorangan wanita dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.\r\n\n\n\n\r Pemenang berpeluang meneruskan saingan pada sirkit seterusnya di Wasserkuppe, Jerman, 23 September depan.\r\r\n\n\n\n\n Begitupun, peluncur kategori perseorangan lelaki negara gagal menyaingi kehebatan peluncur bertaraf dunia yang menguasai kedudukan lima teratas, diketuai pemenang Kerin Rafael dari Slovenia, Quing Sheng Guang (China), Feraric Matjaz (Slovenia), Novak Jovan (Serbia Montenegro) dan Widyananto Thomas (Indonesia).\rPemenang kategori lelaki dan wanita masing-masing menerima wang tunai RM5,000, diikuti naib juara RM4,000), ketiga (RM3,000), keempat (RM1,500) dan kelima (RM1,000).\rJuara kategori berpasukan pula menerima RM3,000, diikuti masing-masing RM2,000 dan RM1,000.\rPertandingan anjuran Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF), Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dan Kelab Luncur Udara Kinabalu itu disertai 62 peluncur udara dari sembilan negara, termasuk Indonesia, China, Slovenia, Qatar, Taiwan, Serbia Montenegro, Hungary dan Jepun.\r\n\n\n\n\rMalaysia menampilkan empat pasukan, iaitu Kinabalu, Malaysia 1, Malaysia 2 dan Malaysia 3 dengan empat peluncur Sabah dan 11 lagi dari Semenanjung.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|