View: 154|Reply: 0
|
Kontinjen NS catat pencapaian terbaik
[Copy link]
|
|
KEJAYAAN kontinjen Negeri Sembilan meraih 16 pingat emas, 11 perak dan 19 gangsa serta menduduki tangga keempat keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XIV Kuala Lumpur 2011, adalah suatu pencapaian cemerlang sejak 28 tahun ia diperkenalkan.\rKetua kontinjen Negeri Sembilan, Fouzee Abd Aziz berkata, selain melepasi sasaran ditetapkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan iaitu 15 emas dan kelompok lima teratas, pencapaian lain yang membanggakan kontinjen berkenaan ialah keupayaan beberapa atlit mencipta kejutan dan mendominasi beberapa acara disertai.\r\n\n\n\n\r Dia yang juga Pengarah Majlis Sukan Negeri Negeri Sembilan (MSNNS) berkata, acara tenis individu dan berpasukan adalah acara yang didominasi Negeri Sembilan apabila meraih lima daripa tujuh emas yang ditawarkan.\r\r\n\n\n\n\n Begitu juga dalam acara berbasikal trek yang menyaksikan pencapaian membanggakan dengan dua emas.\r“Walaupun tiada kemudahan velodrom di Negeri Sembilan, pelumba lebuh raya yang bertanding dalam acara trek membuktikan keupayaan untuk memberi cabaran kepada lawan serta memenangi saingan berkenaan.\r“Malah kita juga tidak menyangka pencapaian atlit judo negeri yang membutirkan satu emas, satu perak dan empat gangsa walaupun berlatih tidak sampai tiga bulan,” katanya, semalam.\rFouzee berkata, kejayaan membanggakan ini bakal menjadi landasan untuk MSNNS meneruskan usaha melatih atlit bagi memastikan prestasi mereka dapat dikekalkan bagi persediaan temasya akan datang kerana sebahagian besar atlit masih berusia bawah 18 tahun.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|