CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 99|Reply: 0

SUKMA XIV capai objektif

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Temasya kali ini  turut catat  sejarah  tampilkan empat jenis sukan baru \rDENGAN format baru, edisi ke-14 Sukan Malaysia (SUKMA) Kuala Lumpur XIV menyaksikan titik tolak buat kesemua negeri untuk membangunkan sukan kurang popular di peringkat akar umbi.\r\n\n\n\n\r   SUKMA yang bakal diadakan setiap tahun, mempertaruhkan 19 jenis sukan kurang popular seperti lawan pedang, bola keranjang dan kenu yang sebelum ini sering terpinggir biarpun sukan itu dipertandingkan di peringkat Olimpik.\r\r\n\n\n\n\n   Temasya yang bermula sejak 2 hingga 12 Jun lalu itu turut mencetuskan sejarah baru sejak penganjurannya kali pertama pada 1986 apabila menampilkan empat jenis sukan baru iaitu bina badan, futsal, sofbol dan bola baling yang mampu menarik lebih ramai penyertaan golongan muda, seiring perkembangan semasa.\rMenggunakan kemudahan 17 gelanggang di sekitar Lembah Klang, SUKMA tahun ini dilihat berjaya mencapai objektifnya walaupun penganjurannya hanya membabitkan kos kira-kira RM8.5 juta berbanding RM100 juta sebelum ini.\rBegitupun, sepanjang 11 hari temasya berlangsung, timbul beberapa perkara kurang enak didengari seperti insiden cirit-birit dan keracunan makanan yang membabitkan beberapa kontinjen di peringkat awal tetapi ia dapat ditangani dengan baik oleh pengelola.\rSelain itu, acara sukan subjektif seperti silambam juga terus mencetuskan kontroversi apabila ada di kalangan jurulatih negeri yang tidak berpuas hati dengan sistem pemarkahan hingga pihak Majlis Sukan Negara (MSN) mungkin terpaksa menimbang semula penyertaan acara berkenaan di temasya akan datang.\r\n\n\n\n\rSementara itu, peminat sukan tempatan sepatutnya mampu untuk mengikuti setiap acara secara lebih dekat pada SUKMA kali ini jika lebih banyak stesen televisyen menyiarkannya secara langsung, kerana tiada bayaran hak siaran dikenakan penganjur.\rKecuali saluran swasta Astro Arena yang menyiarkan beberapa jam siaran langsung setiap hari, penyiar lain sekadar mengehadkan liputan dalam program berita ataupun sorotan khas semata-mata.\rNamun, semua itu hanya insiden kecil dan sama sekali tidak menggugat perjalanan penganjuran dan kehebatan Terengganu yang terus mengekalkan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut dengan menguasai empat acara iaitu kenu (12 emas), mendayung (lima emas), judo (tujuh emas) dan berbasikal (empat emas).\rDengan memperoleh 30 emas, lapan perak dan 12 gangsa - Terengganu terus mengungguli edisi kali ini dan meninggalkan pencabar terdekat Selangor dengan kelebihan empat emas.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.032945 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list