CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

Tsonga selesa sebagai status bukan pilihan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
LONDON: Jo-Wilfried Tsonga menegaskan dia gembira kerana menjadi pemain bukan pilihan ketika menentang pemain yang berada di tahap prestasi terbaik Andy Murray pada final kejohanan kelab Queens.\rTsonga menempah tiket final selepas menyingkirkan pemain wildcard dari Britain James Ward 6-3, 7-6 (9/7) pada separuh akhir, tetapi kemenangan pilihan kelima itu dibayangi dan diatasi kemenangan Murray yang menundukkan juara empat kali Andy  Roddick.\r\n\n\n\n\rKetika Tsonga me-ngakui dia bermain di bawah prestasi sebenar menentang Ward yang juga pemain ranking ke-216 dunia, Murray mempamerkan prestasi mengagumkan dalam kariernya apabila me-nyingkirkan Roddick yang juga finalis Wimbledon sebanyak tiga kali  6-3, 6-1.\r\r\n\n\n\n\nDua finalis itu jelas mempunyai pengalaman berbeza beraksi di gelanggang rumput dengan kelebihan memihak Murray. Tsonga akan beraksi dalam final Jelajah ATP pertama di atas rumput, tetapi Murray pernah memenangi kejuaraan Queens pada 2009 dan mara ke separuh akhir Wimbledon.\rBegitupun, Tsonga tidak harus memikirkan kelebihan lawannya itu kerana dia juga sudah membuktikan kemampuan dengan melakar kejutan menundukkan pemain nombor satu dunia Rafael Nadal di suku akhir, Jumaat lalu.\r\"Saya akan bermain dengan tenang kerana menentang Andy Murray. Buat masa ini, dia lebih baik daripada saya, jadi saya tidak rugi apa-apa,\" kata Tsonga. - AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.039075 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list