View: 95|Reply: 0
|
SUKMA berjaya bajet RM8.5j
[Copy link]
|
|
DENGAN bajet kecil kira-kira RM8.5 juta berbanding melebihi RM100 juta pada penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) terdahulu, temasya edisi ke-14 yang melabuhkan tirainya, semalam berjaya memenuhi matlamat awal penganjuran.\rKetua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong berkata sasaran awal penganjuran SUKMA yang mula dianjurkan setiap tahun mulai tahun ini ialah bagi menyediakan tahap pertandingan peringkat tinggi dalam sukan bukan pilihan.\r\n\n\n\n\r\"Kita juga dapat lihat betapa seriusnya dan kesungguhan kontinjen negeri terhadap penyertaan SUKMA kali ini yang mempertandingkan sukan kurang popular,\" katanya, mengenai keseluruhan penganjuran SUKMA yang bermula 2 Jun lalu hingga semalam.\r\r\n\n\n\n\nMengulas kejayaan kontinjen Terengganu yang mencipta hatrik selepas menjuarai pungutan pingat keseluruhan pada temasya di Kuala Lumpur itu, Zolkples berkata kontinjen itu bagaimanapun berada dalam kedudukan berbahaya pada SUKMA akan datang.\r\"Dengan 30 emas, 28 daripadanya diperoleh daripada empat jenis sukan sahaja iaitu berbasikal, judo, mendayung dan kenu yang melihatkan penguasaan negeri itu dalam sukan air. Saya mendapat tahu, banyak negeri lain juga berminat untuk membangunkan sukan air bagi memberi saingan kepada Terengganu,\" kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) itu.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|