CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 126|Reply: 0

Nadal tewas mengejut

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
LONDON: Rafael Nadal menegaskan dia akan kembali cergas dan menemui semula rentak bagi mempertahankan kejuaraan mahkota Wimbledon selepas cabarannya dalam Kejohanan Kelab Queens kelmarin, berakhir dengan kekalahan mengejut kepada Jo-Wilfried Tsonga.\rPemain nombor satu dunia itu tewas 6-7 (3/7), 6-4, 6-1 di suku akhir, sekali gus menamatkan rentetan gemilang yang dilakar sejak lima bulan lalu.\r\n\n\n\n\r   Pemain 25 tahun itu menyertai kejohanan di barat London itu sebagai medan pemanas badan sebelum Wimbledon, selepas menyamai rekod enam kali menjuarai Terbuka Perancis dan mara ke final Jelajah ATP tujuh kali berturut-turut.\r\r\n\n\n\n\n   Sejak tewas kepada David Ferrer pada suku akhir Terbuka Australia, Nadal mempamerkan permainan konsisten, tetapi tubuh dan mindanya mula tegang dan kepenatan selepas terlalu banyak beraksi dalam perlawanan tahap tinggi.\rDia gagal memberi cabaran kepada Tsonga yang juga pilihan kelima tetapi yakin beberapa hari rehat di rumahnya di Manacor dan ‘mengecas bateri’, dia akan bersedia semula untuk kembali ke England minggu depan.  – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.037521 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list