View: 85|Reply: 0
|
SUKMA XIV KL: Selangor ungguli aksi hari ke-9
[Copy link]
|
|
Terengganu terus gah masih berada di carta teratas pingat keseluruhan\rSELANGOR mendominasi pungutan pingat hari kesembilan Sukan Malaysia (SUKMA) XIV Kuala Lumpur apabila menambah enam pingat emas, semalam tetapi ketika Terengganu masih berada di carta teratas pingat keseluruhan.\r\n\n\n\n\r Menerusi tiga sukan yang menawarkan pingat semalam - mendayung, renang berirama dan ping pong - Selangor merangkul dua emas daripada renang berirama rutin bebas dan rutin teknikal, tiga menerusi ping pong - beregu campuran, beregu lelaki dan beregu wanita - dan satu daripada mendayung - beregu lightweight scull lelaki. \r \r\n\n\n\n\n Dengan enam emas itu, Selangor mengambil alih tempat ketiga daripada Negeri Sembilan, sekali gus menyamakan pungutan emas dengan Johor (18 emas) yang berada di tangga kedua dengan perbezaan satu pingat perak.\rSelepas kemarau emas selama dua hari, Terengganu kekal di tangga teratas apabila menambah dua emas menerusi mendayung untuk menjadikan keseluruhan 25 emas, enam perak dan 11 gangsa. \rNamun Johor yang hanya memerlukan satu emas lagi bagi melepasi sasaran awal 20 emas setakat ini, tetap dengan objektifnya mahu terus memberi saingan sengit dalam setiap acara yang disertai.\r“Kami tidak mahu terlalu optimis untuk merampas kedudukan pertama tetapi apa yang saya boleh katakan ialah peluang itu tetap ada,” kata Ketua kontinjen Johor, Datuk Samsul Bari Jamali.\r\n\n\n\n\rJohor menawarkan insentif RM3,000 bagi pemenang pingat emas individu sementara pemenang pingat emas berpasukan menerima RM2,000 seorang.\rKontinjen tangga tercorot, Perak sehingga kini terus dahagakan kilauan emas biarpun meraih empat perak dan 17 gangsa.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|