|
Nadal akur dia bukan pemain terbaik sepanjang zaman atasi FedererPARIS: Selepas Rafael Nadal gah menjuarai Terbuka Perancis buat kali keenam mengatasi Roger Federer, kelmarin, persoalan baru timbul - siapa pemain terbaik sepanjang zaman.Kemenangan dramatik pemain Sepanyol dalam final di Roland Garros itu bererti dia kini sudah menghimpun 10 gelaran Grand Slam (enam Terbuka Perancis, dua Wimbledon dan masing-masing satu di Terbuka AS dan Australia).\n\n\n\n “Apabila anda mula mahu membicarakan statistik seperti ini dan membuat perbandingan saya tidak berapa suka,” kata Nadal.\n\n\n\n\n “Saya gembira dengan apa sudah dicapai. Saya bukan pemain terbaik dalam sejarah tetapi hanya antara yang terbaik. Ini hakikatnya dan ia sudah cukup untuk saya.”Nadal kini hanya kurang enam gelaran Grand Slam berbanding Federer tetapi dengan lawan dari Switzerland sudah mendekati usia 30 tahun pemerhati tenis beranggapan raja di gelanggang tanah liat itu dapat menghampiri atau pun mengatasi rekod itu. - Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|