CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 0

Askar Israel tembak pembantah

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
14 maut dalam kejadian di sempadan dengan SyriaMAJDAL SHAMS, Bukit Golan: Tentera Israel melepaskan tembakan ke atas penunjuk perasaan yang menyeberangi garisan gencatan senjata di Bukit Golan yang diduduki Yahudi, membunuh sekurang-kurangnya 14 orang.\rTentera Israel berkata ia melepaskan tembakan selepas memberi amaran kepada penunjuk perasaan itu agar bergerak jauh dari pagar yang menandakan garisan gencatan senjata di sepanjang sempadan Syria dan kawasan diduduki Yahudi di Bukit Golan. Stesen televisyen Syria melaporkan selain daripada 14 yang terkorban, ramai  lagi cedera.\r\n\n\n\n\r“Mereka yang terkorban mati syahid termasuk seorang kanak-kanak,” lapor stesen televisyen itu.\r\r\n\n\n\n\nDi sebelah kawasan diduduki Yahudi seorang pegawai tempatan dari pekan Majdal Shams menjerit ke arah tentera Israel meminta mereka berhenti menembak.\rSementara itu, tentera Israel menggunakan pembesar suara memberi amaran bahawa sesiapa yang mendekati pagar garisan ‘bertanggung jawab terhadap darah masing-masing.’\rTentera Israel diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas aktivis di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dan beberapa negara Arab bersempadan dengan kawasan diduduki Yahudi, menyatakan rancangan untuk membuat bantahan sempena ulang tahun ke 44 perang enam hari dengan Israel yang antara lain menyaksikan Tel Aviv menawan Bukit Golan dari Syria.\rPada 15 Mei lalu, beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di sempadan Lubnan, Syria, Gaza dengan kawasan diduduki Israel bagi membuat bantahan sempena penubuhan negara Yahudi itu.\rTentera Israel ketika itu menembak mati enam orang penunjuk perasaan di sempadan Lubnan dan empat orang di sempadan Syria.\rDi   Gaza,   penunjuk perasaan berhimpun di pekan utara Beit  Hanun, tetapi anggota polis Hamas menghalang mereka mendekati pintu sempadan kawasan diduduki Yahudi di Erez. – AFP\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.421488 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list