View: 174|Reply: 0
|
Kim Kardashian, bakal suami utamakan harta
[Copy link]
|
|
LOS ANGELES: Mendiang bapanya adalah seorang peguam terkenal Hollywood, justeru tidak menghairankan jika selebriti terkenal, Kim Kardashian tahu bagaimana melindungi diri, harta dan masa depannya.\rIa sesuatu yang difahami selepas Kardashian dilaporkan akan menandatangani perjanjian pra perkahwinan sebelum berkahwin dengan tunangnya Kris Humpries.\r\n\n\n\n\r Pasangan yang baru bertunang itu jelas membuat perancangan untuk mendapatkan semua perincian kewangan hubungan mereka sebelum mula merancang hari besar itu.\r\r\n\n\n\n\n Sumber memberitahu TMZ bahawa Kim dan bintang bola keranjang itu memberitahu rakan: “Ia adalah perkara paling bijak untuk dilakukan.”\rKedua-dua pihak mahu melindungi diri mereka oleh kerana kedua-duanya mempunyai sumber pendapatan lumayan.\rKim dikatakan mempunyai pendapatan AS$35 juta (RM105.28 juta) hasil pelbagai perjanjian, rangkaian pakaian dan koleksi pewangi.\rHumphries dilaporkan meraih AS$3.2 juta (RM9.63 juta) setahun dengan New York Net dan beliau memiliki dua restoran burger bersama keluarganya di Minnesota. Beliau dikatakan mempunyai pendapatan kira-kira AS$8 juta (RM24.06 juta).\r\n\n\n\n\rKim dan Humphries bertunang dua minggu lalu apabila beliau mengejutkan bintang realiti itu dengan sebentuk cincin 20.5 karat. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|