CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

Terengganu kuasai enam acara akhir judo

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
TERENGGANU melabuhkan tirai sukan judo di temasya SUKMA Kuala Lumpur 2011 dengan menyapu bersih enam daripada lapan acara akhir yang dipertandingkan, semalam.\rEmpat pingat emas dirangkul atlit wanitanya dalam acara bawah 57 kilogram, bawah 63kg, bawah 70kg dan lebih 70kg, masing-masing menerusi Nik Norlydiawati Nik Azman, Norsahrina Rahman, Nor Izzatul Fazlia Mat Tahir dan Noor Asnida Abd Razak.\r\n\n\n\n\r   Dua emas lagi dihasilkan Farish Farhan Badri (bawah 90kg lelaki) dan Syaiful Rizal Ahmad Zaidi (lebih 90kg lelaki).\r\r\n\n\n\n\n   Jumlah emas itu meletakkan Terengganu di kedudukan teratas senarai pungutan pingat dalam sukan judo dengan tujuh emas termasuk emas bawah 52kg wanita yang dipertandingkan kelmarin, sekali gus mengatasi Johor (4-5-0) sejak saingan bermula Jumaat lalu.\r“Saya bersyukur dengan kejayaan atlit kerana Terengganu hanya sasarkan tiga emas. Ini membuktikan sukan di Terengganu mampu mencapai tahap lebih baik, lebih-lebih lagi dengan sokongan padu kerajaan negeri,” kata penaung Persatuan Judo Terengganu, Wan Abd Hakim Wan Mokhtar.\rDua lagi emas dipertandingkan semalam iaitu acara bawah 73kg dimenangi Ooi Aik Tong (Pulau Pinang) manakala Brentong Sim Yi Quan memberi satu emas bawah 81kg untuk Sarawak.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.274527 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list