|
BERWAJAH baru dengan dianjurkan setiap tahun, Sukan Malaysia (SUKMA) bukan saja menjadi pentas melahirkan kelompok atlit muda bagi 40 jenis sukan, malah mengaktifkan lagi persatuan sukan melaksanakan program pembangunan atlit ke pelbagai peringkat. \rTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan konsep baru itu juga kerajaan negeri mampu merangka program pembangunan lebih tersusun terhadap atlit, jurulatih, pegawai teknikal dan pentadbir.\r\n\n\n\n\r“Saya berharap persatuan dan majlis sukan negeri memainkan peranan lebih konsisten dan berterusan, bukan setakat memberikan tumpuan persiapan secara bermusim, sebaliknya perlu mempunyai sistem pembangunan atlit muda secara jangka panjang dan berstruktur.\r\r\n\n\n\n\n“Jika ini dapat dilakukan secara sistematik, negara tentunya akan dapat melahirkan lebih ramai atlit dalam banyak jenis sukan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya ketika merasmikan SUKMA Kuala Lumpur XIV di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, di Cheras, malam tadi.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|