|
MINSK (Belarus): Bintang Chelsea, Florent Malouda meledak gol penyamaan 1-1 bagi menyelamatkan maruah Perancis daripada dimalukan Belarus dalam kempen kelayakan Euro 2012 Kumpulan D, kelmarin.\rBelarus berjaya di depan apabila pertahanan Perancis, Eric Abidal menghadiahkan gol pertama tuan rumah pada minit ke-20 namun Malouda serta merta menyelamatkan keadaan dengan meledak jaringan selepas menerima hantaran cantik Karim Benzema menerusi serangan balas pantas, dua minit kemudian.\r\n\n\n\n\r Sekalipun seri, Perancis mengekalkan kedudukan teratas kumpulan dengan 13 mata daripada enam perlawanan manakala Belarus, yang menumbangkan mereka pada perlawanan pertama kelayakan di tangga kedua dengan sembilan mata. \r\r\n\n\n\n\n “Ia adalah perlawanan yang mengecewakan terutama pada separuh masa pertama kerana kami tidak memulakan permainan dengan betul,” kata jurulatih Perancis, Laurent Blanc. “Kami sudah melakukan segala-galanya malah menjaringkan dua gol. \rYang pertama ke gawang sendiri namun ia bagus kerana berjaya membuka mata kami.”\rPerancis menang dalam keempat-empat perlawanan kelayakan sebelum ini, menjaringkan lapan gol tanpa melepaskan sebarang jaringan selepas tewas mengejut 0-1 kepada Belarus pada September tahun lalu.\r“Mereka mengambil empat mata daripada kami dalam dua perlawanan dan ia cukup banyak,” kata Blanc. “Mereka bukanlah lebih baik berbanding kami namun secara realitinya, mereka berjaya mengambil empat mata dari kami jadi kami perlu membuat sesuatu bermula sekarang. Kami kekurangan dorongan dan tenaga namun kami mengetahuinya. Kami mungkin menang namun saya fikir, kami juga tidak layak menang.” - AP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|