View: 168|Reply: 0
|
Presiden Yaman tercedera selepas istana kena serang
[Copy link]
|
|
SANAA: Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh cedera ringan selepas istananya dibedil semalam ketika pertempuran semakin sengit di ibu negara dengan penduduk tidak keluar rumah dan letupan bergema di seluruh kota itu, kata diplomat Barat.\rDiplomat kanan itu juga memberitahu, Perdana Menteri Yaman dan timbalannya, speaker Parlimen serta pegawai kanan lain turut cedera dalam serangan itu manakala empat pengawal maut.\r“Presiden dalam keadaan baik dan akan memberi ucapan kepada rakyat dalam masa sejam. Beberapa pegawai kerajaan cedera ringan,” kata Timbalan Menteri Penerangan, Abdu al-Janadi.\r\rKerajaan menyalahkan puak Hashed pimpinan Sadeq al-Ahmad atas serangan ke atas istana presiden. Keluarga Sadeq menyokong penunjuk perasaan yang menuntut Ali Abdullah digulingkan.\r\n\n\n\n\n\rSadeq kemudian menafikan bertanggungjawab sebaliknya menyalahkan Presiden atas serangan itu dengan menuduhnya taktik kerajaan supaya dapat memperhebat kekerasan di ibu negara.\rSeorang jeneral yang tidak lagi menyokong kerajaan, Ali Mohsen juga disyaki. \rAli berpaling tadah menyokong pembangkang, April lalu dan menghantar penyokongnya ke Sanaa untuk melindungi penunjuk perasaan anti-Ali Abdullah Saleh.\rSebuah stesen televisyen pembangkang, Suhail, awalnya melaporkan kematian presiden selepas istana presiden dibedil.\r\n\n\n\n\rPenyokong presiden kemudian membedil kediaman pemimpin puak Hashed, kata sumber keselamatan.\rYaman semakin menyaksikan perang saudara meletus selepas puak Hashed bertempur dengan askar kerajaan di Sanaa dan tempat lain.\rLebih 370 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 155 daripada mereka dalam tempoh 10 hari lalu. Protes anti presiden meletus sejak Januari lalu sebagai menuntut Ali Abdullah melepaskan kuasa dipegangnya selama 33 tahun.\rPresiden Yaman itu enggan akur kepada tekanan antarabangsa dan tiga kali melanggar perjanjian diusahakan negara Teluk sebagai tukaran kepada kekebalan kepada penentangnya.\rSetiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC) menggesa semua pihak menghentikan pertempuran di Yaman.\r“Majlis Menteri GCC mengikuti keadaan dengan rasa bimbang dan kesal. Ini kerana keadaan sekarang tidak memberi faedah kepada sesiapa,” kata pengacara televisyen Al Arabiya, Abdulattif al-Zayani.\r“Sukar untuk bercakap mengenai sejauh mana bahayanya kepada keadaan serantau jika kerajaan Yaman jatuh,” kata Ghanem Nuseibeh, pengasas Cornerstone Global Associates dan penganalisis kanan Political Capital. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|