|
BARCELONA: Penunggang Sepanyol, Dani Pedrosa akan terlepas peluang menyinar di depan penyokong di tempat sendiri MotoGP Catalunya esok selepas gagal pulih daripada pembedahan terbaru yang dialaminya.\rTulang bahu kanan bintang Honda yang pada masa ini menduduki tempat ketiga kejohanan itu, patah selepas terbabit dalam perlanggaran sebelum ini di Le Mans berikutan insiden kontroversi membabitkan Marco Simoncelli, dan kini plet titanium dimasukkan untuk memperbaiki tulang itu.\r\n\n\n\n\r Pedrosa memberitahu laman web rasmi motogp.com: “Selepas Perancis, saya menjalani pembedahan untuk menstabilkan tulang bahu kanan saya yang patah dan berharap dapat bersedia untuk Barcelona.\r\r\n\n\n\n\n “Saya berusaha sedaya upaya tetapi saya merasakan bahawa tulang selangka saya belum bersedia. Saya fikir saya perlu berehat buat masa ini dan pulih dengan baik.” \rPedrosa berharap untuk membuat kebangkitan sensasi musim ini, selepas menjuarai Grand Prix Portugal di Estoril hanya beberapa minggu selepas menjalani pembedahan di tulang selangka kiri.\rDi Le Mans, perlumbaan Pedrosa berakhir secara mengejut dengan baki 11 pusingan apabila Simoncelli memintasnya dan tayar depan Pedrosa berlanggar dengan motosikal penunggang Itali itu.\rSimoncelli dikenakan penalti atas tindakan yang tidak dibenarkan itu dan menerima ancaman maut menjelang perlumbaan esok daripada peminat motosikal Sepanyol yang menyalahkannya atas kemalangan Pedrosa. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|