|
Guardiola pegang falsafah ‘Pasukan Impian’ Cruyff bina skuad serba mantapLIONEL Messi mungkin dilihat inspirasi kejayaan Barcelona membenam Manchester United 3-1 dalam final Liga Juara-Juara tetapi pencapaian pengurusnya, Pep Guardiola di luar padang, tidak boleh dinafikan sejak memegang tugas pada 2008.\rGuardiola mengemudi Barca memenangi tiga kejuaraan berturut-turut sebaik mengambil alih tugas daripada skuad bermasalah Frank Rijkaard yang dipecat walaupun diperkuat Ronaldinho ketika itu hingga mampu menumbangkan musuh ketat Real Madrid.\r\n\n\n\n\r Tetapi Ronaldinho yang menjadi tonggak kejayaan Liga Juara-Juara 2006 bersama-sama Deco dan Rafa Marquez jugalah menjadi faktor Barca merudum pada 2008 hingga masalah berlarutan di kalangan ahli lembaga pengarah dan presiden, Joan Laporta hanya terselamat dengan undi tidak percaya yang tipis.\r\r\n\n\n\n\n Pelantikan Guardiola yang masih cetek pengalaman seolah-olah satu perjudian tetapi dia hadir dengan falsafah bola sepak tersendiri, menggunakan kaedah permainan hantaran pendek pantas dan disiplin tinggi hingga menghidupkan semula legasi ‘Pasukan Impian’ Johan Cruyff yang memberikan Barca empat gelaran liga dan Piala Eropah di Wembley 1992.\rPerpindahan ke Itali pada 2001 pada awal kariernya sebagai jurulatih, turut membantunya belajar kepentingan persiapan pasukan dan disiplin hingga membolehkannya membina barisan berkualiti ketika ini tetapi Guardiola tetap merendah diri dan menafikan dia cuba menyaingi ‘Pasukan Impian’ Cruyff.\r“Merekalah (Cruyff) perintis dan kita tidak akan dapat menyamainya walau menang banyak trofi. Merekalah skuad yang menamatkan kemarau panjang kelab ini. Selepas itu, ada (Louis) Van Gaal, Rijkaard dan saya tetapi pasti mustahil tanpa sumbangan mereka sebelum ini,” kata Guardiola.\rPembangunan pemain muda yang bakal diserap dalam sistem pasukan utama adalah satu lagi elemen penting yang dibina Cruyff hingga melahirkan pemain seperti Carles Puyol dan Xavi Hernandez dan Guardiola kini dapat melihat Sergio Busquets dan Pedro yang mula mengetuk pintu skuad utama.\r\n\n\n\n\rGuardiola terus memegang falsafah Cruyff dan meraikannya di Wembley yang pernah menyaksikan sebagai pemain, dia membantu mentornya itu mengubah sejarah Barca tetapi dia juga sedar selain pemain muda, dia turut mengendalikan sekumpulan pemain unik seperti Messi. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
|
barcelona menghentam pasukan kesayanganku |
|
|
|
|
|
|
| |
|