View: 177|Reply: 0
|
Razie tak sabar petik buah cinta
[Copy link]
|
|
Kini teruja bergelar seorang ayah\rGEMBIRA tetapi gementar. Mungkin itu perasaan pemain hoki kebangsaan Mohd Razie Abdul Rahim menanti kelahiran cahaya mata sulung pertengahan Jun ini yang bakal mewarnai kehidupan bersama isteri tercinta, Nurul Nadia Md Mokhtar selepas setahun mendirikan rumah tangga.\r\n\n\n\n\r Menariknya pasangan romantis ini sejak daripada awal kandungan mengambil kata putus untuk tidak mahu ‘mengintai’ jantina anak dan mahu saat-saat indah kelahiran sebagai satu kejutan buat mereka.\r\r\n\n\n\n\n “Kalau diikut tarikh anak saya dijangka lahir 18 Jun ini... beberapa minggu saja lagi dan saya sangat teruja untuk bergelar seorang ayah dan memikul tanggungjawab lebih besar dalam rumah tangga dan juga kerjaya.\r“Kami berdua sebenarnya sengaja tidak mahu melihat (ujian imbasan) jantina anak supaya ia menjadi satu kejutan buat kami,” katanya yang menceburi sukan hoki secara tidak langsung ketika diminta memenuhkan barisan pemain untuk pasukan sekolah ketika darjah enam.\rRazie yang kini di tahun dua kursus diploma Pembangunan Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata dia dan isteri sudah membeli beberapa barangan keperluan bayi sejak kandungan berusia enam bulan.\rMalah, isterinya yang berusia 23 tahun dan juga bekas pemain hoki mengikuti jejak langkahnya melanjutkan pelajaran di universiti sama tetapi dalam bidang yang berlainan sebagai persediaan menghadapi masa mendatang.\r\n\n\n\n\r“Saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran kerana bagi saya, segulung diploma atau ijazah sangat bermakna bagi menjamin masa depan biarpun sedalam mana kita meminati sesuatu bidang sukan itu,” kata Razie sambil memberitahu cintanya terhadap Nurul Nadia berputik sejak berusia 16 tahun.\rBegitupun bekas pelajar Sekolah Sukan Bandar Penawar dan Sekolah Sukan Bukit Jalil itu, tidak melarang anak muda yang ingin menceburi sukan hoki tetapi menasihatkan mereka supaya meletakkan azam yang tinggi jika ingin mencapai kejayaan.\r“Kalau berminat, mereka tidak boleh berasa jemu dan mesti menanam semangat bermain bersungguh-sungguh untuk menuju kecemerlangan dan menempa nama dalam hoki,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|