|
Sharapova pula hampir tersingkir\rPARIS: Kecederaan Kim Clijsters yang pulih di saat akhir untuk membolehkannya bermain di Terbuka Perancis nyata menjadi sia-sia apabila harapannya musnah di pusingan kedua kelmarin, tetapi Rafael Nadal terus kekal di landasan untuk mencipta kejuaraan ketujuh dengan mencatatkan kemenangan getir.\r\n\n\n\n\r Tatkala angin bertiup di Roland Garros dan langit menunjukkan tanda seakan mahu hujan, pemain nombor dua dunia, Clijsters, yang pulih daripada kecederaan tepat pada masa selepas tercedera buku lalinya ketika majlis perkahwinan sepupunya, tersingkir kepada pemain Belanda, Arantxa Rus, untuk keputusan 3-6 7-5 6-1.\r\r\n\n\n\n\n Pemain Belgium itu yang mencatatkan rentetan 15 kemenangan di kejohanan Grand Slam, menjadi naib juara pada 2001 dan 2003, dan penyingkirannya itu adalah prestasi terburuknya di Paris sejak penampilan sulung pada 2000.\r“Saya mempunyai pemikiran terlalu negatif,” kata Clijsters, juara bertahan Terbuka Australia serta Terbuka AS kepada wartawan dan enggan menyalahkan rehat dilaluinya akibat kecederaan itu sebagai punca kekalahannya.\rNadal pula diberi tentangan sengit oleh rakan senegara dari Sepanyol, Pablo Andujar sebelum mencatat kemenangan 7-5 6-3 7-6.\r“Saya tidak bermain dengan begitu baik dan akan cuba bermain dengan lebih baik selepas ini. Itu yang saya boleh katakan dan fikirkan, cuba bermain dengan terbaik pada setiap masa,” kata pemain nombor satu dunia itu yang akan bertemu pemain kelayakan dari Croatia, Antonio Veicpada peringkat seterusnya.\r\n\n\n\n\rPemain wanita Russia, Maria Sharapova, pilihan ramai untuk menjuarai kejohanan juga hampir tersingkir sebelum bangkit pada 11 permainan terakhir untuk menewaskan pemain remaja Perancis, Caroline Garcia dengan keputusan 3-6 6-4 6-0. - Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|