|
Hantuchova singkir pilihan pertama, Federer layak 16 terakhir \rPARIS: Roger Federer layak ke kelompok 16 terakhir kejohanan tenis Terbuka Perancis, malam tadi tapi hari bertukar muram buat pilihan pertama, Caroline Wozniacki yang tersingkir pada pusingan ketiga.\r\n\n\n\n\r Federer, juara 2009 yang beraksi dalam kejohanan Grand Slam buat kali ke-46 berturut-turut menewaskan pemain Serbia, Janko Tipsarevic 6-1, 6-4, 6-3 dan akan menentang sama ada rakan senegara Switzerland, Stanislas Wawrinka atau pilihan ketujuh dari Perancis, Jo-Wilfried Tsonga.\r\r\n\n\n\n\n Caroline Wozniacki pula tampak terpaksa menunggu lagi gelaran major pertama selepas tewas kepada Daniela Hantuchova 6-1, 6-3.\r“Dia beraksi dengan baik hari ini, lebih baik daripada saya..ia sudah pasti,” kata Wozniacki yang belum pernah tewas kepada Hantuchova dalam tiga perlawanan sebelum ini.\rBerikutan kekalahan pemain nombor dua, Kim Clijsters, Khamis lalu ini adalah kali pertama dalam era Terbuka dua pilihan wanita gagal layak ke kelompok 16 terakhir.\rRafael Nadal pula diberi tentangan sengit rakan senegara dari Sepanyol, Pablo Andujar sebelum mencatat kemenangan 7-5 6-3 7-6.\r\n\n\n\n\r“Saya tidak bermain dengan baik dan akan cuba bermain dengan lebih baik selepas ini. Itu yang saya boleh katakan dan fikirkan,” kata pemain nombor satu dunia itu yang akan bertemu pemain kelayakan dari Croatia, Antonio Veicpada peringkat seterusnya.\rPemain wanita Russia, Maria Sharapova, pilihan ramai untuk menjuarai kejohanan juga hampir tersingkir sebelum bangkit pada 11 permainan terakhir untuk menewaskan pemain remaja Perancis, Caroline Garcia dengan keputusan 3-6 6-4 6-0. - Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|