|
Hakis kepercayaan rakyat kepada bola sepak negara\rDATUK Seri Ahmad Shabery Cheek yang dipalit kecewa dengan dakwaan rasuah sudah mula melanda bola sepak negara mahu siasatan rapi dilakukan memastikan bukan hanya ‘ekor’ dikenalpasti tetapi sebaliknya \'kepala\' dalam kegiatan ini.\r\n\n\n\n\r “Saya harap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melihat dengan serius kerana kita tidak boleh cemarkan sukan negara dengan rasuah begini kerana baru saja orang yakin dan percaya kepada bola sepak sehingga melonjakkan nama sukan ini ke tahap baru.\r\r\n\n\n\n\n “Sekiranya berlaku lagi, ia akan memusnahkan keyakinan orang ramai terhadap bola sepak negara dan perkara ini, sekiranya benar harus diambil tindakan segera,” kata Menteri Belia dan Sukan itu ketika ditemui di Putrajaya, semalam.\rDitanya sama ada laporan berkaitan rasuah yang menyelubungi skuad bola sepak Negeri Sembilan bagi Piala Presiden dan Liga Super, beliau berkata ia baru satu dakwaan dan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) perlu membersihkan namanya jika ia tidak benar.\rDia menegaskan siasatan rapi harus dilakukan untuk memastikan bukan hanya ‘ekor’ yang dikenalpasti, sebaliknya ‘kepala’ dalam kegiatan itu.\r“Tidak guna kita pegang ekornya (tanpa mengetahui), kepalanya (dalang) siapa,” katanya ketika diminta mengulas laporan akhbar ini, semalam mengenai tindakan PBNS yang membuat laporan polis mengenai kegiatan mengatur perlawanan membabitkan skuad Piala Presiden dan Liga Super negeri itu.\r\n\n\n\n\rSementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata sehingga kini, polis hanya menerima satu laporan berkaitan perkara itu daripada PBNS.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|