CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 73|Reply: 0

FAM, Polis akan bertindak tegas

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
BERANG dengan perkembangan terkini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bergandingan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak tegas dengan mengamalkan sikap lebih proaktif menyiasat mana-mana pasukan atau pemain disyaki terbabit dengan gejala rasuah.\rSetiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad turut akur kerana sebelum ini sudah ada spekulasi mengenai pemain mengatur keputusan perlawanan dan pihaknya tidak akan berpeluk tubuh dan hanya menunggu laporan sebelum melakukan siasatan.\r\n\n\n\n\r“Sebelum ini saya akui ada spekulasi mengenai gelagat ini. Tetapi tiada bukti kukuh dan pihak pengurusan pasukan mengambil jalan penyelesaian dengan membuang pemain berkenaan atas alasan prestasi kurang memberangsangkan,” kata Azzuddin, semalam.\r\r\n\n\n\n\nDia menghujahkan unit khas yang ditubuhkan akan terus memantau pasukan atau pemain yang disyaki terbabit dengan kegiatan itu tanpa perlu menunggu laporan dibuat persatuan.\r“Dengan adanya unit khas di setiap negeri, kami boleh memantau lebih mendalam termasuk apabila ada pasukan yang menamatkan khidmat pemain secara tiba-tiba,” tambahnya.\rSebelum ini, FAM dan PDRM membentuk unit khas diketuai Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan di setiap kontinjen polis negeri bagi tujuan berkenaan.\rSementara itu, FAM yang peka dengan perkembangan terkini selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) membuat laporan polis, kelmarin berhubung skuad Piala Presiden mengatur keputusan perlawanan, dalam menyebut pihaknya sentiasa memandang berat terhadap laporan mahu pun spekulasi tentang wujudnya gejala berkenaan dalam Liga Malaysia.\r\n\n\n\n\r“FAM menyokong penuh tindakan PBNS membuat laporan polis berdasarkan bukti kukuh termasuk saksi berhubung kegiatan keji itu yang membabitkan pasukan Piala Presiden negeri berkenaan,” kata kenyataan itu.\rSelain PBNS, ada sumber yang tidak mahu dikenali mendedahkan, beberapa pasukan Piala Presiden lain turut terbabit mengatur perlawanan, antaranya Selangor dan Sekolah Sukan (tanpa menyatakan dari Bukit Jalil atau Bandar Penawar).\r“Kalau tidak percaya, tanya pengurusan Selangor kenapa lapan pemainnya dibuang baru-baru ini,” kata sumber berkenaan. “Di Sekolah Sukan pula, gaji jurulatih sampai bulan Jun, tetapi bookie bayar pemain sampai akhir tahun.”\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.270072 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list