|
PARIS: Maria Sharapova teruja menjadi wanita sasaran di gelanggang tenis dunia, sesuatu yang sukar dielakkan buat dirinya yang anggun memakai anting-anting bertatahkan berlian di dalam gelanggang.\rPemain wanita Russia itu mara mudah ke pusingan kedua Terbuka Perancis dengan kemenangan 6-3, 6-0 ke atas pemain Croatia, Mirjana Lucic dan tanpa kedua-dua adik beradik Williams, pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki yang masih belum merangkul Grand Slam dan Kim Clijsters yang kelihatan berkarat, Sharapova disebut-sebut sebagai bakal juara.\r\n\n\n\n\r\"Ia bukanlah perkara besar. Tidak kisah jika saya berada pada ranking 100 atau 10 teratas, saya fikir tidak kira siapa lawan saya, mereka mahu menewaskan saya kerana kejayaan masa lampau saya,\" kata Sharapova.\r\r\n\n\n\n\n\"Dan saya pernah berada pada nombor satu dunia dan pernah menang Grand Slam. Lawan sentiasa meningkatkan tahap permainan mereka, dan itu membuatkan saya mahu meningkatkan lagi tahap permainan saya.\rDengan kejayaan yang begitu mudah kelmarin, Sharapova mendapati dia diasak soalan mengenai anting-anting.\r\"Saya memakai anting-anting Tiffany di Grand Slam. Malangnya saya terpaksa memulangkannya selepas kejohanan,\" kata Sharapova yang berdepan pemain wild card Perancis, Caroline Garciadi pusingan kedua. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|