|
Djokovic hampiri rekod legenda AS\rLONDON: Rentetan kemenangan 37 perlawanan Novak Djokovic sejak permulaan tahun lebih membanggakan daripada 42 kemenangan yang dirakamkan John McEnroe pada 1984, menurut pemain Amerika itu kelmarin. \r\n\n\n\n \r Pemain nombor dua dunia Djokovic menikmati dominasi mutlak sepanjang tahun ini dengan memenangi tujuh gelaran, termasuk Terbuka Australia, empat Siri Masters dan menamatkan kejaguhan pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal di atas gelanggang tanah liat. \r \r\n\n\n\n\n Sekiranya pemain Serbia itu mara ke final Terbuka Perancis minggu depan, dia akan mengatasi rentetan kemenangan McEnroe pada 1984, yang berakhir pada final di Roland Garros kepada musuh tradisi Ivan Lendl. \r“Bagi saya, secara peribadi ia mengimbas kenangan ‘84,” kata bekas pemain nombor satu dunia dan juara tujuh grand slam, McEnroe, kelmarin. \r“Saya gembira dengan saat dan ketika ia berlaku kerana dia boleh memecahkan rekod saya di Terbuka Perancis. Saya mengikuti perkembangannya dan bagus dapat melihat tahap keyakinannya. \r“Rekod bertujuan untuk dipecahkan tetapi ketika ini, ada banyak kejohanan, tahap fizikal lebih tinggi, jumlah pesaing lebih ramai dan tahap saingan lebih sengit, jadi rekodnya lebih membanggakan berbanding saya. \r\n\n\n\n \r“Juga pada ‘84 Terbuka Australia dimainkan pada akhir tahun, jadi saya tidak bermain sebarang kejohanan major ketika memulakan rentetan itu. Major pertama saya adalah Terbuka Perancis yang menyaksikan rentetan itu tamat. \r“Cukup membanggakan apabila melihatnya hadir sebagai pemain nombor tiga dunia dan mendominasi Federer dan Nadal seperti yang dilakukan, melihat apa yang dilakukan, ia memang mengejutkan.” – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|