CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45669|Reply: 0

[Sarawak] Formula Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan akan diperhalusi

[Copy link]
Post time 22-2-2026 12:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 22-2-2026 12:51 AM



Sharifah Hasidah bercakap pada sidang media.

KUCHING: Formula pengagihan peruntukan kepada Sarawak di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan akan diperhalusi melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, setakat ini belum ada keputusan muktamad dibuat berhubung formula yang telah dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan bagi perkara tersebut.

“Kita akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara ini.

“Insya-Allah, ia akan diadakan dalam beberapa minggu lagi, kemungkinan pada bulan ini.

“Ada tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini tetapi ditangguhkan, jadi mungkin dalam bulan ini sebelum Hari Raya Aidilfitri, insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bazar Ramadan Sukma Ria 2026, di sini, hari ini.

Ketika ini, Kerajaan Sarawak masih dalam perbincangan bagi memperhalusi formula yang telah dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Setakat ini, perkara ini sedang diteliti,” jelasnya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, satu perbincangan melibatkan Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kerajaan Sarawak melalui Pejabat Setiausaha Sarawak (SFSO) akan diadakan bagi membincangkan perkara itu.

Perkara tersebut dipersetujui di peringkat MTPMA63 dengan tumpuan utama untuk merangka formula terbaik bagi memastikan pengagihan peruntukan yang adil kepada Sabah dan Sarawak.

Hasil perbincangan tersebut akan dibentangkan kepada jawatankuasa berkenaan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Sama ada Kerajaan Persekutuan akan menerima pakai formula yang dikemukakan oleh Sarawak masih belum diputuskan setakat ini.


Sumber : Utusan Borneo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.058184 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list