CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 45614|Reply: 0

[Sarawak] Virus sebabkan kematian ikan tagal terkawal, ikan kelah kini boleh dimakan

[Copy link]
Post time 19-2-2026 08:16 AM | Show all posts |Read mode


JAMAWI

KOTA KINABALU: Penularan virus Koi Herpesvirus (KHV) yang menyebabkan kematian ikan kelah di beberapa sungai tagal di Tambunan, Keningau, Tenom dan Sipitang, kini terkawal sepenuhnya.

Sehubungan itu, orang ramai boleh memakan ikan berkenaan berikutan tiada kes kematian baharu ikan dilaporkan dalam tempoh dua bulan ini.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar, berkata ia hasil daripada langkah pemantauan dan pengawalan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Sabah.

Beliau berkata pihaknya sebelum ini telah mengambil sampel di sungai terlibat, sejurus menerima laporan daripada pengusaha tagal dan hasil analisis mengesahkan jangkitan berpunca daripada virus KHV.

“Pegawai-pegawai kita telah berada di lapangan sejak Disember lalu untuk menjalankan pemantauan rapi serta melaksanakan tindakan kawalan.

"Setakat ini, keadaan adalah terkawal dan tiada kes baharu dilaporkan” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program Ramadan Jazz anjuran Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) di sini semalam.

Awal Januari lalu, ratusan bangkai spesis ikan Kelah dilaporkan ditemui terapung di beberapa sungai yang ditagal di Long Pasia, Tambunan dan Keningau hingga menimbulkan suasana panik di kalangan penduduk.

Jamawi berkata, langkah berjaga-jaga terus dikuatkuasakan pihaknya, termasuk arahan supaya tidak memindahkan ikan dari kawasan terjejas ke lokasi lain bagi mengelakkan risiko penularan virus tersebut.

Beliau turut memberi jaminan bahawa ikan dari kawasan terlibat adalah selamat untuk dimakan dan orang ramai tidak perlu panik.

Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca asal jangkitan, termasuk kemungkinan faktor aliran sungai dari luar negara, namun setakat ini tiada sebarang pengesahan dibuat.

"Terdapat kemungkinan ia berkait dengan kes yang dilaporkan di Kalimantan, Indonesia tahun lalu, memandangkan aliran Sungai Padas bermula dari Kalimantan sebelum memasuki Sungai Pegalan dan seterusnya ke kawasan pedalaman Sabah.

"Bagaimanapun, kita belum mengesahkan sebarang punca rentas sempadan dan perkara ini masih dalam kajian,” katanya.

Jamawi menegaskan pihaknya tidak mahu kejadian itu memberi kesan serius sehingga menjejaskan populasi ikan seperti mana yang pernah berlaku terhadap babi hutan sebelum ini, yang memerlukan tempoh hampir setahun untuk kembali stabil.

Mengulas lanjut, beliau berkata, larangan memburu masih dikuatkuasakan sementara menunggu keadaan benar-benar stabil, memandangkan proses pemulihan populasi babi hutan mengambil masa hampir setahun.

"Maklum balas terkini menunjukkan sudah ada pembiakan baharu di kawasan hutan dan populasi babi hutan semakin menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

"Kita berterima kasih kepada orang ramai kerana memberi kerjasama dengan tidak memburu buat masa ini,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 01:02 AM GMT+8 , Processed in 1.105906 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list